Monday, 4 September 2023

Thai Tom Yum

Mel and her family baru balik dari road trip ke Hatyai. Sakan depa berjalan, dari Ahad hingga Jumaat kelmarin. 

Katanya sampai di rumah jam 2 pagi. Jam 5 ptg tu dah datang rumah kami, bagi souvenir. 

Paling Ummi suka of course tomyam paste ni... 

Close up sikit...
Ada logo halal Thailand belakang tu. 

Ahad, sebelum hantar Abang balik asrama, Ummi masak tomyam guna paste ni. 

Alhamdulillah, sedap. Secukup rasa paste tu; dah ada rasa pedas, masam... Nak melengkapkan rasa, Ummi tambah garam secukupnya. 

Geng dia, kerabu mangga. Mangga tu Cik Leha bagi. 

Untuk malam, Ummi goreng cendawan je, regu dengan tomyam tu. Kerabu Mangga dah yilek :) 

Cendawan Goreng Tepung.

Malam tadi Walid beli cendawan lagi, minta Adik buatkan Cendawan Goreng Tepung lagi sekali. Adik yang tolong Ummi, jadi bagilah kredit kat dia :)

Alhamdulillah kenyang :) 


Sunway Hotel Seberang Jaya, Penang

Kali ni kami memilih bermalam di Sunway Hotel Seberang Jaya sewaktu ke majlis perkahwinan Ijah. 

Sampai dah malam, ginilah gambarnya :D Semua dah lemau, 10 jam atas jalan. Sebelah hotel ni ialah Sunway Medical Center. 

Self check in. 

But there are staff manning the reception counter, in case we need their help. 

Kami booked bilik deluxe twin (RM253/night). 

Saiz bilik memuaskan. Bantal tilam semua selesa. Cuma lampu agak malap. Romantik gitewww :) 

Lengkap semua kemudahan; cerek eletrik, peti ais, 3-in-1 coffee/tea, safe box, iron, iron board...

Cari password Wi-Fi la tu... ☺️
TV mula tu tak boleh guna. Then staff maintenance datang tukar wayar. Wayar putus katanya. Haha, lama tak dengar perkataan 'wayar putus' :D 

Bilik air luas. Air lajuuuuu 👍

Apalah maknanya mai Penang tak pekena nasi kandaqkan? Layan nasi kandar ni dalam bilik ja... Pagi esoknya pun Walid keluar beli sarapan dan Ummi sarapan dalam bilik juga. 

Depa sempat layan roti tisu sementara tunggu baju kering di dryer machine. 

Alhamdulillah selesa sangat menginap di sini. Di samping bilik yang selesa, lokasi juga strategik. Dekat dengan highway dan pelbagai kemudahan; kedai makan, self service laundry, bank... semuanya walking distance je. 

Hello jiran! 

Kami pernah menginap di The Lights Hotel dan Blanket Hotel yang letaknya dalam kawasan yang sama. Kalau ada bajet lebih boleh ke The Lights (ada swimming pool dan breakfast buffet superb!), kurang bajet boleh ke Blanket Hotel dan jika bajet sedang-sedang boleh pilih Sunway Hotel ni (takde swimming pool). Semuanya ada kelebihan. Tepuk poket masing-masing :p 

See you when I see you. 
Check out dulu.

Sunway Hotel Seberang Jaya
11, Lebuh Tenggiri 2 
Pusat Bandar Seberang Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang

Sunday, 3 September 2023

Selamat Pengantin Baru Ijah & Zaki 💝

Back to back cerita kenduri kahwin:D 
Cuti sekolah seminggu je, tapi bersusun-susun jemputan kenduri kami terima. Ada yang dapat dipenuhi, ada yang terpaksa dilepaskan. Apapun, terima kasih atas jemputan dan ingatan. 


Sebab utama kami turun ke Penang awal cuti sekolah minggu lepas ialah untuk meraikan hari bahagia Ijah (Izzah) dan pasangannya, Zaki. Ijah anak sepupu Walid, Kaklong Faizah (Maklong for the kids). Majlis diadakan di Bizmila Wedding Center, Simpang Ampat, Penang. Kalau lalu PLUS tu boleh nampak dewan ni dari lebuhraya.
 

Tahun lepas kenduri adiknya, Dayah di kampung depa, Cheruk To'kun. Jodoh Ijah orang jauh, Pasir Mas Kelate. Yang lain² semua dekat-dekat je, orang Kedah belaka :) 

Entrance ke Eco Meadows dan BWC. 

Macam kenal pengantin tu ... Rupanya Mila : D 

Cantik tempat ni. Kawasan lapang dan selesa sebab ada kemudahan parkir yang luas, surau dsbnya. 

Dewan yang serba indah...

Tatarias yang sangat elegan...

Makanan semestinya sedap.

Sempat lagi Ummi ni 😁

Bilik air lawa gilerrrr... 
Langsir ni memisahkan bilik air dan powder room. 

Satu lagi event hall. Wedding Ijah di Grand Ballroom. 

Selamat Pengantin Baru Ijah & Zaki. Makngah doakan agar rumahtangga kalian disirami rahmah, mawaddah dan sakinah 🤲
 
Tahniah Kaklong dan Abg Long dapat menantu. Alhamdulillah semua anak⁴ depa dah 'lepas rumah'. Cucu pun dah 7-8 orang. Lepas ni makin ramai Insha Allah.  Ayah Maklong Faizah, arwah Wan Lah ialah abang kepada Tok Ayah. Beza umur Tok Ayah dengan abangnya 15-16 tahun, menjadikan Tok Ayah dan anak² saudaranya (Maklong Faizah dan adik⁴-nya) tak jauh beza dari segi umur mereka. Bila Tok Ayah terima menantu pertama (Ummi la tu ☺️), Maklong Faizah juga terima menantu pertama, selang seminggu! 

Alhamdulillah, bila kenduri kaum keluarga ni dapatlah berjumpa saudara-mara jauh dekat. Walaupun tak dapat bersembang lama tapi sempatlah bertanya kabar. 

Ini jemputan dari Lang Yah, adik Maklong Faizah yang juga sambut menantu 8.8.2023. Majlis kecil di sebelah perempuan saja. Kami pun tak balik, hari kerja kan... Simpan sini buat kenangan ☺️

Lepas ni turn sapa pulak :p 








Selamat Pengantin Baru Adah & Pasangan 💝

Selain undangan dari SA, Ummi juga dapat jemputan dari Mak Cella ke majlis perkahwinan anakandanya, Adah pada hari Merdeka yang lepas. Terharu sangat dengan ukhuwah yang dipamerkan oleh rakan-rakan blogger ni. Walaupun tak pernah bersua, tapi tak dilupakan bila ada kenduri-kendara. Terbaiklah 👍


Bila dapat jemputan tu mulalah kami merangka itinerary balik kampung. Kebetulan 27/8 ada kenduri anak sepupu Walid di Penang. Cadangan awal nak singgah di rumah MC, di Pendang otw balik ke Jitra. Kiranya singgah sebelum kenduri sebab Ahad dah nak ke Penang dan terus ke Perak pula. Tapi, Tok Umi pula dah ke Penang Sabtu 26/8, untuk majlis akad nikah cucu saudaranya Tok Ayah tu. Jadinya, kami berjanji untuk jumpa di Prai saja. 

Option kedua, Walid extend cuti hingga 31/8 tu. Pak Uda pun ada juga jemput kenduri kahwin adiknya hari tu. Tapi, cuti Walid pula dah nyawa-nyawa ikan haha... Isnin & Selasa tu dah ambil cuti, ada urusan keluarga. 

Kesimpulannya, belum rezeki nak jumpa Mak Cella :( 

Selamat Pengantin Baru Adah & pasangan!
Semoga berbahagia dan berkekalan jodohnya hingga ke syurga aamin 🤲

Tahniah MC dapat menantu. Terima kasih sangat atas jemputannya. Rasa terharu sangat ☺️ 

Ada rezeki kita jumpa nanti Insha Allah. 


Saturday, 2 September 2023

Selamat Pengantin Baru SA & Suami 💝

Sabtu
2.9.2023

Nampaknya pengantin baru pun dah up sikit story pasal majlis semalam. Now it's my turn la pulak nak cerita sikit tentang wedding SA semalam. 


Lompat bintang Ummi bila dapat perutusan raja sehari dari SA. Teruja nak bertemu mata dengan blogger kesayangan ramai ni, disamping meraikan hari bahagia beliau. 

Kami sampai sekitar jam 1.00, raja sehari sedang bersantap. Jadi, kami terus cari Pak Zain dan Mak Pah untuk bersapa. Gelabah sekejap Ummi bila Mak Pah tanya nama 😅 Nak bagi nama betul ke nama pena? Hahaha...

Dalam dok menunggu kerusi meja available, Ummi sempat menyapa dan bergambar dengan kawan-kawan blogger yang dah sampai masa tu. Ada yang dah siap makan dah :) Ada Carneyz,  Ako (Ret),  Ezna dan Sis Lin. Kecuali Carneyz, yang lain tu baru pertama kali Ummi jumpa secara live hehe... Semuanya ramah ramah dan happening 🤗 Uyum yang comel tu pun ada tau. Tapi Ummi tak ambil gambar pulak. Entah apa yang dikalutkan pun tak tau. Lapaq kot 🤭

Kitorang serbu Pak Zain & Mak Pah dulu, ajak bergambar :D Sporting mak ayah SA ni. Ramah pulak tu ... 

Lepas tu baru perasan, eh Ako takde. Ingatkan kami bergambar sekali :( 

Perut dah mula berbunyi. Ummi tinggalkan dulu kawan² blogger sementelah nampak ada kerusi kosong. Ajak Adik duduk dulu sementara Walid ambilkan nasi untuk Adik. 

Sedap belaka makanannya. Nasi tu lembut dan sedap sangat. Sayur kacang panjang + hati tu katanya tuan rumah yang masak. Sedap sangat. Entah² airtangan Pak Zain 🤩

Selesai makan barulah kami berjumpa pengantin. Awal tadi depa tengah bersantapkan... 

Berseri-seri SA... 
Baju pun lawa, luv sangat...
Perasan tak mini love SA bagi tu? Lawa sangat sebab jarinya berinai, nampak merahnya tu. ..macam ❤️ betul :D 

Cenderahati dari tuan rumah. Hand lotion tu awal² Kakak dah booking :) 

Selamat berbahagia SA & Haidy. 
Didoakan agar rumahtangga yang dibina dlimpahi rahmah, mawaddah dan sakinah 🤲 
Kekal hingga ke syurga aamin. 

Terima kasih sekali lagi atas jemputan.  We were truly honored to be there. 













Makan Tengahari di Restoran D'Warisan, Lumut

Jauh Walid bawa kami hingga ke Teluk Muroh, untuk menikmati makan tengahari Sabtu lepas.

Ummi suka betul kalau ada sayur tauge goreng gini. 


Masa ni dah pukul 3, tapi lauk-pauk masih banyak. Pekerja² pun masih sibuk bakar ikan dan top-up makanan. Pelanggan pun masih ramai dan kebanyakannya datang bersama keluarga. Harga makanan standard-lah. Cuma, yang seronoknya air free flow. Adalah beberapa pilihan; air oren, air laici, teh ais... 

Besar kedainya. Parking luas sebab tak berkongsi bangunan dengan kedai-kedai lain. Kedai pun bersih dan pekerja mesra 👍

Banyak pilihan makanan yang ada selain lauk-pauk kampung. Boleh order sup, nasi ayam... 

Restoran D'Warisan 
4240, Kg.Teluk Muroh
32200 Lumut
Perak Darul Ridzuan 

Rupanya Mamapipie pun pernah berkunjung ke sini. 

Friday, 1 September 2023

Shopping @ Aeon Seri Manjung

Selesai makan, perjalanan diteruskan.  Sampai di Aeon Seri Manjung, kami singgah sebentar untuk beli hadiah. 

Besar Aeon ni. Dalam tu pun ada Sketchers, Watson's dll. Area ni ramai expats kata Walid sebab ada Lumut Port. Ramai kerja situ. 

Untuk siapa? Siapa yang bertuahlah :p

Sambil tu sempat cuci mata...

Lawakan? Memang jatuh hati tau...
Red & gold, so syeksyihhhh :p

Banyak lagi Mickey Mouse special series ni... 

Tak menahan, grabbed juga satu 😅 Sandwich maker... 

 
So it instantly becomes a new toy for the kiddos 😁

Pagi petang siang malam asyik nak bakar roti je haha ... 

Sekarang ni kebanyakan electrical items ni pakai e-warranty. Nak regi tu kena attach sekali dengan resit. Syukurlah resitnya masih ada dalam simpanan Walid walaupun dah keronyok :D