Tuesday, 15 September 2026

Sarapan @ Mail Mee Rebus, Melawati

Sabtu lepas...

Sebelum ke pasar tani, sarapan dulu. Baru ada tenaga nak shopping :p
Lama tak makan mee rebus di Mail Mee Rebus ni, jadi singgah sini dulu bersarapan. 

Walid order mee rebus, Ummi dan Adik pilih mee goreng. Dua-dua mee ni sedap, tak tau nak pilih yang mana jadi setiap kali datang ke sini, kami akan order kedua-duanya. Kemudian tukar-tukar pinggan supaya dapat makan kedua-dua menu.  

Mee rebus yang bagi Ummi tersangat sedap.
Kuah manis-manis pedas, hidangan ni juga penuh dengan aksesori; telur rebus, cucur, tauhu dan kentang rebus. Bawang goreng, cili, hirisan daun salad dan limau nipis pula menambah rasa dan aroma pada hidangan mee rebus ni. 

Dari zaman kerja di Melawati ni sampai sekarang dah belasan tahun Ummi berhenti kerja, rasa mee rebus dan mee gorengnya tak berubah. Depa jual 2 menu ni saja. Pelanggan pula dari pelbagai latar belakang. 

Walaupun pelanggan sentiasa ramai, tapi staffnya cekap. Laju je depa bersihkan meja bila pelanggan dah habis makan, atau pun buka meja baru. Style sini kena beratur untuk order air dan mee. Nanti dah siap, staff hantar pesanan ke meja. 

Mee goreng pun sama, penuh dengan pelbagai aksesori. Ada tauge dalam mee. Ummi suka tapi Adik struggle sikit nak makan 😆
Dia dok kais tauge, tauhu, cucur semua ke tepi hihi... 

Dah kenyang perut, barulah sukahati nak shopping :D 

9 comments:

  1. Meriah eksesori kat mee rebus dia. Tenguk pun sedap. Kadang kedai kedekut letak cucuq setoit. Kentang rebus pun kadang tak ada. Mee goreng ada taugeh akak suka. Jarang kadang mee goreng taugeh selambak kecuali char kie tiow

    ReplyDelete
  2. Lama tk mkn mee rebus.. Suka mee rebus extra daging

    ReplyDelete
  3. tengok kuah dia je dah tau memang sedapppp
    sy suka jenis kuah macam ni
    barulah puas makan mi rebus
    kalau yg jenis cair tu rs nak hempuk je ke muka penjual hahahaha

    ReplyDelete
  4. dah kenyang perut, takde la banyak membeli makan2 dekat pasar tani.. kikiki.. selalunya beli kemain banyak,sebab lapar

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok mee goreng.. Saya suka mee goreng style mcm ni, berpalut dan taugeh pula banyak.

    ReplyDelete
  6. Eeeee... ruginya kuis tauge... (dari POV pencinta tauge) Hehehehe

    ReplyDelete
  7. Sama la dengan anak2 Cie jenuh menguis dulu baru makan mi tu. Kita la tukang kutip.

    ReplyDelete
  8. Sebukit portion mee goreng tu. Dua-dua nampak sedap, PH. 😋

    ReplyDelete
  9. Oh mi gorengnya ada cucur ya.

    ReplyDelete