Ada jemputan kenduri kesyukuran dari kenalan Ummi Walid, Uncle Ron. Majlis mula pukul 3 ptg. Banyak masa untuk kami bergerak dari Felda Gedangsa ke Rawang.
Sebelum masuk highway semula, kami singgah toilet break dan solat di surau Plaza Tol Behrang. Kami ikut highway PLUS.
Sampai di Tol Rawang sekitar jam 2.45 ptg. Big boss napped kejap sebab nak terus ke rumah kenduri pun masih awal. Nampak pula Cik Mon ni. Mujur dia tak datang ke kereta π
Kenduri kesyukuran ni rupanya sebab anak tuan rumah nak berangkat ke Morocco, sambung belajar. Sebaya Abang, SPM 2025. Pandai budaknya, dapat few offers termasuk dari Al Azhar. Tapi lebih berminat dengan offer KPT, ke Morocco. Alhamdulillah tumpang gembira dengan berita dan cerita yang dikongsi oleh Uncle Ron. Sukses selalu hendaknya π€²π»
Ummi dan Walid je turun kereta. Anak³ kekenyangan dan ada yang nak tidur jadi biarkan dalam kereta. Parkir dekat² rumah kenduri je.
Ummi ambil bihun goreng dan pulut kuning + rendang ayam pencen. Sedaplah pulak, rugi ambil sikit. Dah la nak kena share pulak dengan Walid π€
Sama macam kenduri Ustaz Afieq tadi, di sini pun makanannya mewah dengan pelbagai pilihan. Tapai daun pisang tu memang terbaiklah. Ummi ambil kuih bingka ubi, kuih cara, kek pisang dan coq badak. Tapi tak jumpa badak dalam tu :p
Kambing golek sedang disiapkan. Takpe, sup kambing ni pun dah cukup enak. 2x hirup sup sedap hari ni. Masa di rumah Ustaz Afieq hirup sup tulang, di sini hirup sup kambing pula. Rezeki Allah bagi hari ni alhamdulillah.
Last dah ni kami makan... Tak leh nak masuk dah.
Terima kasih banyak Uncle Ron jemput kami. Semoga dipermudahkan urusan anakanda hendaknya π€²π»
Wah meriah menu nya ye... kalau kita pun mesti dah kekenyangan kan tp kalau menu sedap better menambah, takut terbyg² bila blk kenrumah π
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete