Tuesday, 29 September 2026

Asam

Hari tu singgah satu kedai ni di Fasa 10 SG. Signboard tulis kedai kerepek. 
Selain kerepek ada macam-macam lagi makanan kering, minuman, coklat dan ada juga jual nasi set (based on order). 

Jumpa asam! 

Asam ni kami panggil asam Mulut Merah sebab bila makan memang merah bibir. Gigi pun merah sekali 😅

Sebab dah lama tak makan asam, Ummi beli la sebotol asam kat atas 👆🏻
Dekat U dulu suka beli asam ni, buat hilang mengantuk time study. Ummi panggil asam hitam. Dia tak masam sangat, lebih kepada manis. Kalau asam ko (asam biji) tu masam dan hujung ada rasa masin. Jadi Ummi tak suka yang tu. Asam Mulut Merah tu tak minat dah sekarang. Kecik-kecik dulu suka juga makan yang tu. 

Ada yang suka asam? 

22 comments:

  1. saya juga pengemar asam...sedap juga tu. memang boleh terliur juga dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Alamak lama tidak jumpa asam!

    ReplyDelete
  3. Suka asam dan jeruk juga....bila tiba masa itu...mesti terasa nak makan asam. Masa mengandungkan Dania dulu pun...sebelum tu nampak je botol asam terus terliur. Rupa-rupanya ada baby kat dalam. Hehe

    ReplyDelete
  4. kita bkn peminat asam..husband suka la asam...tp asam merah tu suka juga mkn dlu2 sbb merah ala2 pki lipstiks haha

    ReplyDelete
  5. SA suka asam tapi dah lama x makan...

    ReplyDelete
  6. tapi kan asam yg merah tu, dlu lagi sedap berbanding skrg..skrg ni mcm lain , dah x berapa sukaaa

    ReplyDelete
  7. Suka *angkat tangan* kalau nak raya borong asam Macam2 kat shoppee sebab Budak2 beraya suka selain dari coklat Dan biskut. Kuih raya kadang tak berusik dah le mahal

    ReplyDelete
  8. Dari zaman sekolah memang peminat asam dan jeruk buah yumms sedapnya

    ReplyDelete
  9. suka asam kulit limau.
    asam buah merah tu tak pandai nak makan. ahahaaa~

    ReplyDelete
  10. asam merah tu dulu2 ms bebudak kalau beli tak sah tak sapu kat bibir konon2 pakai lipstik laaa hahahha

    ReplyDelete
  11. Saya bolehlah makan sikit-sikit, bukan peminat asam/jeruk.
    Tapi suka tengok jualan asam/jeruk dalam balang gitu. Macam geram nak beli 😄

    ReplyDelete
  12. Macam 2 asam ada ye. Suka asam kulit limau juga macam ch@

    ReplyDelete
  13. masa kecik dulu arwah ayah "haramkan" asam dalam rumah kami. plg selalu ada asam halia je...sebab tulah sampai sekarang ammi suka nau makan halia

    ReplyDelete
  14. Asam mulut merah tu faveret zaman kecik2 dulu sekali dgn asam kulit limau & asam tali merah tu hehe.

    ReplyDelete
  15. Arghhh.. kecur.
    Ada asam yang buatkan tekak sakit.
    Akak takde spesifik asam.. semua bedal cuma sekarang jarang makan.

    ReplyDelete
  16. Anak² hantu asam, tak boleh nak beli selalu.. sekejapan je habis.. Linda pula, sekarang takde la berhantu sangat... Ada makan, takde sudah

    ReplyDelete
  17. Manis-manis sambil kunyah boleh tahan mata daripada mengantuk. Asam Mulut Merah tu pula memang terus teringat zaman sekolah

    ReplyDelete
  18. saya suka asam tp jrg beli...zmn2 bujang dulu kerap lah mkn asam2 niii

    ReplyDelete
  19. Zaman sekolah kita x makan asam sbb mak kita dh brainwash hotak ni, sape maakn asam esp pompuan, nanti tmp peranakan jadi kecut 🤣🤣🤣 sbb tu la kita kurang gemor bende² masam tp dah tua² ni cpt loya², bende pertama yg dicari adalah asam 😜😜

    ReplyDelete
  20. Asam mulut merah tu memang lagendlah..

    ReplyDelete
  21. Tak suka 🤣🤣🤣. Saya tau ini. Kami sebutnya somboy. Dan ntah kenapa memang tak suka saya kak, dari dulu sampai skr 😅😅. Kalau nak asam, saya lebih memilih permen asam daripada somboy begini 😅😅

    ReplyDelete