Jiran kami, Uncle Jack meninggal Jumaat malam di Ipoh. Dipercayai Uncle terkena serangan jantung, based on his medical history. Terkejut sangat sebab Ummi rasa baru je tengok Uncle dengan B, anak bongsunya dekat kereta Uncle yang lejen tu. Rupanya dah seminggu Uncle ke Ipoh, ada projek di sana. Minggu lepas Ummi pun busy ya amat dengan Kakak exam, Walid outstation dan Abang Angah demam semua tu...
Dapat je berita pagi Sabtu tu Ummi pergilah ke rumah Uncle, hanya A (anak ketiga Uncle) sekeluarga dan B di rumah. Aunty masih di Ipoh. Ummi tanya juga bagaimana cara urusan pengebumian orang India ni... Rupanya lebih kurang kita juga, mayat Uncle akan dibawa balik ke rumah untuk penghormatan terakhir kemudian esoknya akan dibawa ke tempat bakar. Kata A biasanya anak sulong mayatnya dibakar. Sama macam mendiang abangnya yang meninggal kemalangan 15 tahun lepas.
Petang Ummi pergi semula, jumpa Aunty. Dapatlah tengok Uncle untuk kali terakhir. Adik pun ikut melawat sebab dia kenal Uncle. Uncle ni baik ye... Selalu tegur² Adik kalau main dekat luar rumah. Kalau buah rambutannya masak, diagihkan² kepada jiran². Buah kacang mungai pun sama. Asal Ummi lalu time dia tengah kait, kejap lagi sampailah seplastik di rumah. Benih pokok telang yang Ummi tanam ni pun dari Uncle. Ummi la tak malu minta dengan Uncle 😌 Orangnya baik, kita selesa dengan dia walaupun mukanya nampak garang (sebab misai Uncle tebal) tapi hati baik.
Catatan Ummi tentang Uncle 5 tahun lepas. Ini Uncle pergi ±2 minggu sebelum Deepavali, mesti sedih sangatlah Aunty dan anak³nya. Semalam Ummi dengan Mak Bee sama² nangis tengok Aunty meratap hiba. Uncle dan Aunty umpama belangkas, mana² pergi berdua. Kalau Uncle outstation pun, seboleh mungkin bawa Aunty sekali.
Sekitar pukul 2 ptg mayat Uncle dibawa pergi. Takziah sekali lagi Aunty, S, A dab B.
Semoga kuat.
condolence utk family uncle...life is fragile
ReplyDeleteTq MZ. Pergi mengejut gini lagilah terasa
Deletedahlah nak dekat deepavali.. semoga ahli keluarga diberikan ketabahan. kesian dengan aunty yg selalu kemana-mana pun, mesti denga uncle je
ReplyDeleteTq Mazni.. Moga Aunty kuat
DeleteRIP uncle Jack...sedihnya...x lama lagi deepavali
ReplyDeleteBetul SA. Macam kitalah sambut raya tanpa orang tersayang, sedih la kan
DeleteMesti keluarga mereka sedih. Jiran yang baik kita akan merasa kehilangannya
ReplyDeleteKami yg jiran pun sedih, keluarganya apatah lagi kan 🥹
DeleteMesti rasa kehilangan yang besar, lagi-lagi nak raya tak lama lagi.
ReplyDeleteBetul Nur.
DeleteTakziah buat keluarga uncle. Baik hati uncle ni dapat sy rasakan dari apa yg PH cerita.
ReplyDeleteMemang baik SK. Sbb tu terasa pemergiannya.
DeleteOrang baik memang kita akan rasa kehilangan.
ReplyDeleteBetul NA.
DeleteMesti terasa bila dekat dgn kita kan
ReplyDeleteWalau berbeza agama
Ye Ciknur... Hari ni pun masih dok teringat lagi.
DeleteTakziah buat keluarga yang ditinggalkan.....
ReplyDeleteTq Ezna.
DeleteMoga Uncle pergi dengan tenang...
ReplyDeleteTakziah buat keluarga..tak raya diorang tahun nie
ReplyDeleteRasanya Aunty berkabung la kan. Tunggu reda sikit nak pergi ziarah semula, sembang² dgn Aunty.
DeleteTakziah buat famili uncle.. RIP uncle yg baik... kat sini jarang jumpa india, so mmg x familiar sgt la dgn adat² mereka
ReplyDeleteKita pun 1st time having first hand experience upacara ni Kakmim. Sbb close neighbor dapatlah tengok juga upacaranya wpun dari jauh.
DeleteTakziah buat keluarga uncle.
ReplyDeleteSaya tak kenal uncle, tapi terasa sedih sangat membayangkan keluarga yg ditinggalkan. Apalagi oleh orang sebaik uncle... Semoga kuat, dan ikhlas melepas kepergian uncle.
ReplyDeleteRIP Uncle Jack.
ReplyDeleteTakziah buat keluarganya. Jiran yang baik pasti akan sentiasa diingati.
takziah buat yang tinggal..
ReplyDeleteHarapnya diorang kuatlah.. nak deepavali pula tak lama lagi..
Salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan..
ReplyDeleteRIP uncle Jack
ReplyDelete