Monday, 10 May 2021

Persiapan Raya ~ Baju Raya

Belum pun seminggu PKP 6 Daerah di Selangor, semalam PM umumkan pula PKP bagi seluruh negara bermula 12/5 - 7/6 2021. Nampaknya berkurung lagilah kita raya ni ye? Bila nak dapat berkebaya tak tahulah :p 

Walaupun raya hanya di rumah masing-masing, tetap juga nak pakai baju raya. Tahun ni Ummi beli baju ready-to-wear (RTW) di Aeon ja. Dah agak dari awal, raya ni tak boleh balik kampung juga sebab kes 3-4 angka saban hari. Jadi, tak perlulah nak glam sangat baju tu ye Ummi haha... 

Lepas hantar Abang ke asrama, terus melencong ke Aeon. Ubat hatilah kononnya, sedih Abang masuk asrama. Alasan! 

Koleksi baju kurung kanak-kanak...RM49 sepasang. Untuk dewasa RM79. 

Sedondonlah baju raya Ummi dengan Adik Kakak tahun ni. Baju raya Walid macam biasa tempah di Al Salam Tailor. Upah jahit baju Melayu moden RM140. Top up lagi sikit dah sama dengan baju kurung kami bertiga. Mahalkan upah jahit sekarang :( Baju Melayu Abang beli ready made di Jakel. Belum try lagi tu sejak dia balik dari asrama. Harap muatlah sebab Abang lost 7kg sebulan dok di asrama. Nanti Ummi citer rahsianya ๐Ÿฅฐ Baju Melayu Angah pula beli di Haraman. Alhamdulillah setel bab baju raya. Songkok dan tudung pakai je yang dah ada. 

Adik tengah pilih bunga.

Nak tak nak semangat raya tu kena ada juga. Walaupun tahun ni tahun kedua tak sambut raya di perantauan. Walaupun Ummi ni dah takde mak ayah tapi mak ayah mertua masih ada. Saban tahun usia masing-masing makin meningkat, masihkah ada rezeki untuk bersama mereka di hari raya? Nangis tau tulis entry ni. Rindu sangat dengan depa. Terbayang bila Tok Ayah nampak Ummi di dapur, mesti tanya " buat kopi ka?". Fahamlah kita, Ayah minta dibuatkan kopi walaupun permintaannya berlapik. Perkara kecil sebeginilah yang melekat di hati sebenarnya ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tapi, walaubagaimana sedih pun kita, yang di depan mata kita; anak/pasangan perlu diraikan. Jangan larut dalam kesedihan, kesian pada anak-anak yang gigih berpuasa sebulan sebab nak raya ๐Ÿ˜… Raikanlah ikut cara dan kemampuan kita. 

Tak pernah-pernah pasang pelita dan lampu raya, tahun ni semangat Walid hias rumah ๐Ÿ˜† Untuk anak-anak katanya...

Oklah, Ummi nak pi buat ketupat 3.0 pulak, seiring dengan PKP 3.0 :p

4 comments:

  1. Samalah kita beli baju RTW jer, dah berapa kali raya memang tak tempah baju lagi dah sebab nak beli kain pun dah terasa mahal.Yang pasti Kita memang ber'kurung' raya nanti, hihi

    ReplyDelete
  2. Husband kata nk recycle baju tahun lepas. So,, untuk husband dan anak-anak teruna berempat, pakai baju recycle. Dah siap-siapminta depa test baju sebelum puasa nk tgk muat lg ka da.. Ummi dan anak-anak dara berdua beli baju baru..hahaha..alasan ummi, sbb baju tu dah pakai byk kali pergi office..while anak dara tahun lepas pagi raya pakai dress recycle yg kebetulan adik ipar bagi dan sedondon dgn baju kami...tahun ni bg can lah baju baru. semua order online je sebelum puasa..

    ReplyDelete
  3. Bersyukur masih boleh raya. Ingat yang baik, saya boleh bertarawih di masjid tahun ini.
    Tidak tahu malam ini ramai ke tidak orang waktu akhir Ramadan.

    ReplyDelete
  4. Sha semat tempah baju raya seminggu sebelum puasa rasanya.. Encik suami lebih suka pakai baju melayu dengan kain pelekat.. Jadi murahlah sikit, tempah baju je.. Baju lelaki memang mahal upah jahitnya..

    ReplyDelete