Saturday, 31 January 2026

Masak², Makan²

Anak⁴ semua, ada, rajinlah Umminya ke dapur... Pagi² turun ke dapur masak nasi lemak untuk sarapan ... 

Nasi lemak sambal sotong kembang, ayam goreng perap by Ramly dan condiments nasi lemak yang lain; telur rebus, ikan bilis dan timun. 

Lepas sarapan, Ummi Walid ke market. Ada ikan sardin gemuk, terus terfikir nak buat laksa 😋 
Alang² dah ada di pasar, teruslah cari bahan² yang lain. Alhamdulillah semua ada. 

Nak masak kuahnya sekejap je tapi nak menyediakan bahan tu yang renyah. Nak kena rebus ikan, asingkan tulang, kisar isinya dll... 

Tapi bila dah siap semua tu, berbaloi rasanya :) 


Dinner pula Ummi cuma bakar ayam dalam air fryer dan panaskan lauk² leftover

Alhamdulillah. 



Friday, 30 January 2026

Janji Melayu 🤭

Permohonan UPU online dah dibuka. Bermula Rabu 28/1 tu dah boleh beli no pin di BSN. 

Kawan Abang, A bagitau Abang dia nak datang rumah. Nak buat permohonan untuk UPU dan Matrikulasi, tapi nak discuss dengan Abang. Maknya kerja katanya. 

Lepas Subuh Ummi suruh Abang bersihkan beranda. Duduk kat luar senang, tak ganggu urusan Ummi nak ke dapur dsbnya. Abang suruh datang pukul 9 pg. Ummi pun suruh Abang pergi beli nasi lemak siap² untuk jamu A. Ummi puasa, malas nak masak². 

Pukul 9 Abang dah standby... 
Tunggu punya tunggu, punya tunggu pukul 12 lebih baru A muncul. Rupanya member tertidur 🙆🏻 
Nasib baik kawan Abang, kalau kawan Ummi kena sound dah haha... 

Ummi pun tak ambil port la apa depa bincang, tapi katanya  Matrikulasi pun A belum apply . Kena cepat tu, cepat permohonan Matrik tutup 10 Feb ni. Nak kena buat pengesahan borang lagi, nak kena dapatkan tandatangan Pengetua lagi utk perakuan tahfiz tu... Semoga dipermudahkan ye 🤲🏻


Thursday, 29 January 2026

Cucur Ubi

Kami panggil cucur ubi, bahasa bakunya keledek goreng :) Makanan favorite Ummi ni, nak² yang arwah Tok buatkan. Dulu kalau tak cucur pisang, cucur ubilah yang paling kerap Tok sajikan. Makan time panas² pun Ummi suka, kalau dah sejuk pun Ummi suka. Kadang bila Tok keluar menoreh, lapar² angkat tudung saji jumpa cucur ubi ni gembira bukan kepalang 😄

Cucur ubi ni antara makanan yang kerap juga muncul dalam menu berbuka puasa kami selain agar² merah. Arwah Tok Wan wajib ada kuih buah Melaka time berbuka. Ummi pula kalau ada cucur ubi ni, tak pandang dah buah Melaka tu. 

Semalam Kakak puasa perdana (puasa ramai² di asrama). Ummi di rumah pun gorenglah cucur ubi ni, tumpang vibe puasa :) 
Sambil makan, sambil imbau kenangan berpuasa dengan ayah bonda dulu². Rindu 🥹 


Terima Hadiah Teka Negara dari Kak Amie

Baru²ni pemilik blog Amie's Little Kitchen iaitu Kak Amie bermusafir ke beberapa buah negara di Timur Tengah. Seperti biasa, Kak Amie buka gelanggang untuk kawan² blogger meneka destinasinya. Bayangan yang diberi negara Timur Tengah dan tempat suci. 

Jadi, ini tekaan Ummi 👇🏻

Dari 5 tekaan, hanya 1 mengena iaitu negara Jordan. Tempat suci yang Kak Amie pergi ziarah rupanya bumi barokah Palestine. Allahu Akbar,  sebak! 

Walaupun hanya 1 tekaan yang mengena, Kak Amie tetap kirimkan hadiah...

Berbaur perasaan, dalam gembira ada rasa sedih dan sebak. Besar sangat rasanya pemberian ni kerana ianya dari bumi anbiyak yang penuh berkat.

Selain topi, ada juga fridge magnet

... dan keychain. Ummi terus pasang dekat kunci kereta Ummi. Suka dan sayang dengan pemberian ni jadi nak terus guna. Juga sebagai simbol solidariti 🖤🤍💚❤️

Pashmina dari Jordan yang cantik ni pastinya jadi kesayangan Ummi. Warna hijaunya sangat memikat hati, lurvvv sangat!

Tidak ketinggalan sebuku mineral soap

Kulit muka Ummi agak kering dan mengelupas lately, bolehlah Ummi guna sabun ni.

Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat berharga ni. DOA saya agar Kak Amie sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki, dalam lindungan-Nya selalu dan diberi kesihatan yg baik utk seluruh keluarga 🤲🏻 




Wednesday, 28 January 2026

Photodump Week 4, 2026


Belanja Abang Nasi Kak Wok lepas ke market. Nanti balik rumah tugas dia siang ayam ikan 🤗
Kemudian ziarah kubur Tok kejap. 

Lepas Zohor Ummi goreng mee je. Kenyang makan nasi 👆🏻

Kiriman Sambal Hitam dari Tok Umi selamat tiba. Bekas luar pecah sikit, Ummi transfer bekas tipuware kecik², senang nak makan. Boleh Angah dan Kakak bawa ke asrama juga puasa nanti. 

Majlis Watikan Perlantikan Pengawas 2026. 
Naik seri dengan adanya vest baru tu. 

Makan² family Jitra sempena birthday Tok Umi. 


Alhamdulillah sampai juga giliran lead bacaan Yasin Gexxin. Lama Ummi tunggu turn Abang :) 

Cari pasal betul pergi Batu Caves Sabtu lepas 😅 Sana sini jammed sebab ada pre-celebration for Thaipusam

Keadaan semasa, banyak jalan dah ditutup. 


Member ofis bagi Sambal Garing Kruk Kruk ni. Boleh tahan pedasnya. 

Uncle Shah sedekah buku² tulis anaknya dekat Adik. Anak³ US dah takde yang belajar di SRAI. 

Lama tak meeting :p 











Tuesday, 27 January 2026

Buffet Breakfast @ Rooftop Cafe, Langkapuri Resort, Langkawi

Penginapan kami selama 4H3M di Langkapuri Resort Langkawi termasuk dengan breakfast package untuk 6 orang selama 3 hari di Rooftop Cafe Langkapuri Resort. Rate Langkapuri ni RM 425± / semalam. Ada yang bertanya dalam entry sebelum ni. (Maaf, tak sempat balas komen lagi). 

View dari rooftop hotel, tingkat 5. 

Open air cafe. Breezy je sebab mengadap laut dan kedudukannya tinggi (5th Floor). 

Breakfast @ Rooftop Cafe Langkapuri Resort Day 1

Stesen minuman. Ada air sejuk, panas dan coffee machine

Stesen roti dan buah

Menarik susun atur dan kabinet kuih muih dan kek ni. 

Pilihan Ummi hari pertama. 
Lama tak makan buffet, tamak sedikit di situ 😌 

Licin :) 
Makannya lebih berselera sebab tukang masak, pekerja dan pengurusannya orang kita. Yakin. 

Breakfast @ Rooftop Cafe Langkapuri Resort Day 2

Ada makanan Ummi ambil, ada yang Kakak ambil. Makan tu kongsi² je... 


Hari kedua ni ada nasi lemak kuning, Kedah style

First time rasanya Ummi jumpa hotel yang hidang Teh O Ais utk breakfast gini. Lurvvv 🫰🏻

Breakfast @ Rooftop Cafe Langkapuri Resort Day 3


Hari ketiga Ummi cuba bihun sup. Sedap supnya tu, menjadikan menu ni rasa wow sangat. Kakak hari pertama dah makan sup ni, bersama mee. Selain pilihan mee/kuetiau/bihun (selang² hari), boleh juga makan bersama bubur nasi atau orang Kedah panggil moi. 

Kenyang perut sukahati :) 

Alhamdulillah tqsm staff Rooftop Cafe, makanan semua sedap. Layanan dan service pun terbaik 👍🏻

Lepas sarapan hari ketiga ni, Adik ajak mandi pantai lagi. Tak puas² dia mandi pantai hehe... 

Dua beradik dalam air... 


Ummi dengan Kakak cari kulit siput... 
Kakak buat video time lapse, tak sangka dia rekod Ummi sekali. Kelakar pulak tengok Ummi dok main susun² kulit siput tu hihi... 

Mudah-mudahan Ada rezeki untuk ke sini lagi 🤲🏻




Monday, 26 January 2026

Karnival Hadis 40 Imam Nawawi


Karnival ni diadakan pada bulan 10 tahun lepas. Lama Ummi simpan draft entry ni sebab menunggu sijilnya. Masa cuti sekolah hari tu Ustaz dah bagi link untuk download sijil. Sayangnya nama Angah takde. Bila follow up dengan Ustaz, Ustaz tak berani janji Angah akan dapat sijil tu, sebab sijil tu dikeluarkan oleh pihak BPI. Sayang, sebab sijil peringkat kebangsaan. Pasrah je la sebab Angah kata namanya mungkin tercicir sebab dia ganti orang. Mungkin sijil tu ikut nama peserta asal. 

Untuk program ni Angah dapat jadi guru halaqah, diberi tugasan untuk talaqqi bacaan Al Quran murid² darjah 6 dari sekolah² rendah berhampiran. Selalu dia tasmik depan guru halaqah, kali ni dia pula dengar murid² sekolah rendah tasmik depan dia. Best juga kan, jadi guru untuk sehari. Dapatlah pengalaman. 

Alhamdulillah akhirnya ada rezeki Angah dapat sijil untuk program ni. Balik PB minggu lepas Ustaz bagi sijilnya. 


Terima kasih Ustaz 👍🏻




Menginap di Langkapuri Resort Langkawi

Di sinilah kami menginap selama 3 malam sewaktu ke Langkawi baru² ni. 


Langkapuri Resort Langkawi ni terdiri dari bangunan hotel, chalet dan motel. 

Sekitar Langkapuri Resort Langkawi, pandangan dari  aras 5 hotel. Yang berbumbung hijau chalet, manakala bangunan berbumbung merah tu motel tempat kami menginap. Bumbung kuning tu bar cafe (bukan milik Langkapuri). Nak ke pantai, hanya berjalan kaki. 

Ini bangunan hotel... 
Depan hotel meriah dengan pelbagai jenis kedai dan pusat membeli belah. 

Eastern, tempat shopping duty free yang murah hanya di seberang jalan. 

Jom tengok bilik... 

Master bedroom. Disediakan 2 tilam extra. Tilam melendut, tapi overall selesa je tidur. 

Perabot dan dekorasi nampak dated, tapi secara keseluruhannya semua fasiliti berfungsi dgn baik. Aircond sejuk, penting ni sebab Langkawi panas cuacanya. Air (shower) pun laju, penting juga untuk keselesaan ketika mandi. 

Bilik tidur kedua; untuk Abang dan Angah. 
Kami pilih apartment 2 bilik sebab hotel takde connecting room kalau tak silap. Kalau hotel tu bangunannya nampak baru. 

Ruang tamu dan dapur. Ada singki, peti ais dan sofa serta TV. Abaikan beg merata² tu...kami checked in pukul 10 mlm, semua dah keletihan. Nak bersihkan badan, solat dan tidur je. Makan pun tak nak dah 😄

Air mineral dan kelengkapan nak buat air kopi / teh yang disediakan. 

Balcony...


Tangga naik ke bilik kami. 
Betul² berjiran dengan bar cafe tu. Malam² tu dengar juga bunyi muziknya tapi tidaklah mengganggu sangat, kecuali malam new year tu sampai midnight jugalah muziknya. 

Dari tangga ni boleh nampak pantai. Lokasinya sangat strategiklah. 

Alhamdulillah puashati menginap di sini walaupun adalah serba sikit kekuranganya termasuk kemudahan parkir sangat terhad. Tapi pihak hotel akan uruskan sebaiknya agar kita dapat park kereta dalam kawasan hotel. 
Staff hotel sangat² baik, peramah dan helpful 👍🏻👍🏻👍🏻 
Lokasi pun bonus point juga untuk Langkapuri ni. 

LANGKAPURI RESORT LANGKAWI 
LOT PT 895, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 
07000 Langkawi
Kedah

Langkapuri Resort ni diuruskan oleh The Blanket Hotel yang aktif menguruskan beberapa hotel termasuk De Palma Shah Alam, Bahang Bay Penang dll. 
Semoga terus sukses Uncle Paen 🤲🏻