Memang berhajat nak belikan cikgu² hadiah sempena Kakak habis sekolah ni. Ada dah cadangan hadiahnya.
Tiba² dapat tahu 11 orang cikgu termasuk beberapa orang cikgu senior yang mengajar Abang dulu pun dapat surat pertukaran. Ada yang nak bersara awal dan ada juga yang bertukar daerah. Yang nak berhenti jadi guru pun ada. Jadinya dengan bajet yang ada tu, Ummi terpaksalah lebihkan kuantiti. Mampu beli hadiah mur-mur je untuk cikgu². Seboleh mungkin nak bagi semua dapat, termasuk cikgu² yang ajar Kakak.
Cg Murni nak bersara awal. Tak silap Ummi dah 22 tahun di SRAI. CM ni pernah jadi guru kelas dan guru Al Quran Abang juga dulu.
Hari tu kan Naurah bagi jam untuk classmates dia...
Ini pula Ummi tolong balut hadiah untuk besties Adik; Ika & Insyirah. Lagi satu tu hadiah birthday untuk Hannan.
Semoga cikgu² terima dengan besar hati hadiah tak seberapa dari kami ni. Jasa cikgu² didik anak⁴ kami tak mampu dibalas pun. Hadiah ni sekadar tanda ingatan dan kenangan untuk cikgu² 🌹
Cie baru ni beli kat Shopee je untuk guru2 KAFA. Kita tak mampu balas jasa mereka mengajar anak2 kita. Dapat bagi hadiah tak seberapa je kan.
ReplyDeleteSekurang²nya ada lah juga tanda ingatan dari kita kan Cie. Selebihnya kita iringkan DOA utk cikgu² agar sentiasa dlm kebaikan dan beroleh keberkatan hidup.
DeleteAlhamdulillah.. tercapai hajatnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Seronoklah rasanya bila dapat juga belikan hadiah utk cikgu², wpun tak seberapa :)
DeleteMZ tak beli hadiah utk cg2 la thn ni...may be thn dpn lah kot kalau ada rezeki...sbb next year tahun terakhir ariff kat sek men (sbb SPM thn dpn), dan tahun terakhir razeen kat sek rendah (thn dpn dia masuk djh 6)
ReplyDeleteNx year MZ jadi macam PH tahun ni la, 2 anak beralih fasa. Sorang ke sek men, sorang habis sekolah In Sha Allah
DeleteAlhamdulillah.. settle juga. Nani hadiah untuk cikgu belum settle lagi. Untuk kawan kawan dulu..
ReplyDeleteAlhamdulillah PH selesai dah :)
DeleteAlhamdulillah moga Allah mewahkan rezeki akak sebab rajin berkongsi rezeki
ReplyDeleteAamiin tq Cuya atas doanya 🤲🏻
Deletebetul tu.. tanda ingatan je
ReplyDeleteKan MY...
DeleteSelalu dengan cikgu2 jadi emo pula kita....dah mengajar anak2 sampai mereka F.5. Alhamdulilah ada hadiahnya ya....
ReplyDeleteTak pun sampai sekolah rendah....dan nak mula pula sekolah menengah.
DeleteBila tahun akhir tu mmg emo, tak kisah la sek ren ke men atau habis men. Double sedih tahun ni sbb Abang Kakak dua² beralih fasa 😌
DeleteJasa cikgu2 tak terbalas kan dengan pemberian kita tapi nak juga kita sampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih.
ReplyDeleteBetul. Wpun hadiah seadanya saja 😌
DeletePasti senaaaang sangat guru2 yg menerima hadiah. Bukan Krn harga atau barangnya, tp itu berarti murid2nya tulus mengingat kebaikan dan jasa beliau . Itu yg buat senang dan terharu
ReplyDeletecikgu2 biasanya tak kisah sangat pun hadiah yg diberi oleh parents. yg penting rasa dihargai oleh murid dan ibu bapa tu pun dh cukup utk buat cikgu puas hati kan :D
ReplyDeleteMenariknya bagi hadiah kat cikgu2 anak- anak ...
ReplyDeletebetul..jasa semua cikgu ni x terbalas..hadiah sbg tanda ingatan...
ReplyDeleteBila dah habis tahun tu memang mak lah yang selalunya terlebih emosi.. Nilai tu tak penting pada Sha, yang penting tanda ingatan dan penghargaan atas jasa mereka dalam mendidik anak kita kan..
ReplyDeletePembalut hadiah tu ..comel
ReplyDelete