Monday, 8 December 2025

Kenduri Aqiqah @ Resort Club, Cahaya SPK

Dijemput oleh seorang kawan ke majlis kenduri aqiqah anak keduanya, di Cahaya SPK Shah Alam ni. Ummi pertama kali ke sini. Tak tahu pun ada tempat nama Cahaya SPK, ingatkan nama developer :) 

DUKE > Jalan Duta > NKVE keluar exit Kota Damansara ikut highway DASH pulak. Jauh perjalanan kami tapi dengan adanya highway sana sini, jadi dekatlah. Sediakan duit tolnya aja :) 

Sini la Cahaya SPK kalau nak agak di mana lokasinya. 

Alhamdulillah berjaya sampai haha ...

Majlisnya kecil tapi meriah dan mewah 

Pelamin 

Nampak klasik bila guna baby cot dan perabot  unsur rotan/kayu gini. Kesukaan Ummi la tema klasik dan tradisional begini. 

Hiasan meja pun cantik. 

Penuh pinggan dengan segala macam lauk. Macam kenduri kahwin menunya ye...ada nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, acar, papadom... Rugi Adik tak ikut. Dia hantu papadom :D 

Puas makan kambing golek ni 😋

Cantik setting-nya, teratur je. 

Pemanis mulut. Pelbagai jenis dan sedap² belaka. 

Di satu sudut, ada hidangan nasi dagang. Tapi  dah hujung². Saja la Ummi tanya tuan rumahnya, rupanya nasi dagang ni airtangan ayahnya, his specialty dan sentiasa dihidangkan dalam majlis keluarga. Mesti sedapkan kalau dah jadi kegemaran ahli keluarga. Sayangnya, bukan rezeki kami nak merasa hari tu. 

Elok kami sampai tadi sebenarnya azan Zohor sedang berkumandang. Jadinya kami solat dulu di surau resort ni. 

Surau proper 👍🏻
Ada aircond juga. Disediakan telekung dan sejadah. 

Depan surau ada swimming pool. Cuma nampak kurang terjaga pool ni.

Sebelum balik, sempatlah juga Ummi ambil foto tempat ni. Walid nak tunggu seorang kawan lagi, otw katanya. 


Bila kawan Walid tu sampai, berboraklah sekejap depa berdua tu. Gaya macam artis la member Walid sekarang ni hihi ... Almaklumlah sekarang kerja dekat international company ahak! 
 Akk gurau je F ye ✌🏻

Balik tu ikut NPE>LDP>MRR2. 
Macam dekat overseas ye bangunan² dekat area Penchala ni. Very modern

Again, thank you so much Mommy Adryan  for having us. Semoga Adryan membesar dengan baik dan dalam lindungan-Nya selalu 🤲🏻

4 comments:

  1. Alhamdulillah majlis aqiqah pun dah majlis macam kenduri kahwin. Kalau majlis kahwin apa lah lagi. Makanan semuanya nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Yang penting nasi dagang tu best. 👍

    ReplyDelete
  3. kambing golek tu yang tak boleh tahan tu.. kena pulak sambal lada hitam yang cukup syarat...

    ReplyDelete
  4. nampak grand majlisnya! mknn pun mcm kenduri kawin. sedap nyaaa

    ReplyDelete