Saturday, 13 December 2025

Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil SRAI


28 & 29/11 sepatutnya Adik Kakak pergi Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil SRAI. Tapi ditangguhkan ke minggu berikutnya akibat cuaca buruk. Minggu tu yang MET Malaysia ramalkan akan berlakunya Ribut Tropika Senyar

 Alhamdulillah 5 & 6/12 cuaca baik. 

Seawal 6.30 pagi Adik dah sampai sekolah. Ummi dropped Adik di sekolah kemudian bergegas ke SMK ** untuk ujian Kelayakan KAA Kakak. Walid outstation masa ni. 

Dah sampai di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Pesertanya terdiri dari pengawas sekolah, pengawas SPBT, PSS dan PRS. 

Program dikendalikan oleh facilitators yang dilantik. Bayaran RM100/peserta dan untuk baju pula RM30.

Kakak pulak habis ujian KAA tu Cg H datang jemput. Ada 2 orang lagi kawan pengawasnya yang ambil Ujian KAA hari yang sama (di SMK lain) pergi bersama CH. 

Elok sampai di Kem, kawan² dah beratur untuk aktiviti flying fox. Terus joined la.. 

Hari kedua, trekking. Ikutkan nak lalu sungai tapi air agak deras jadi dibatalkan. Eloklah tu sebab pihak sekolah dan parents dah setuju untuk tidak ada sebarang aktiviti air. 

Berkumpul untuk acara penutup.
Tak banyak sangat yang nak diceritakan sebab cikgu² pun tak update sangat. 

Untuk acara penutup tu ada ucapan GB, wakil PIBG dan penyampaian hadiah dan sijil. 

Kakak aka Penolong Ketua Pengawas sedang menerima sijil penghargaan. 

Adik dan Kakak ❤️

Alhamdulillah selesai sudah Kem yang ditunggu² ni.  Tahniah dan terima kasih cikgu² yang terlibat 🌹












No comments:

Post a Comment