Adik Kakak cuti hari ni, sempena hari Keputeraan Sultan Selangor. Duduk di rumah je, layan movie Para X Normal tu. Aduh, dekah la tengok Azhan Rani & Joey Daud ni. Part paling kelakar pasal nama diorang tu 🤣🤣🤣
Tengahari keluar ke SG jap. Sorang nak pergi CU, sorang nak je Tealive. Layankan je....
Nampak merah menyala tapi tak pedas pun. Yang bentuk macam penne pasta tu liat ya amat. Diperbuat dari tepung pukut kot. Jenuh nak kunyah bagi hancur 🤭
Tak makan di kedai, take away je.
Sampai rumah dah sejuk. Itu makin liat agaknya.
Ikutkan nak singgah Mr Diy tapi masa isi minyak kereta dah mula hujan rintik². Terus pecut balik rumah, takut baju di ampaian basah 😅
Sampai di rumah terang benderang haha...

Alhamdulilah rezeki untuk harini.
ReplyDeleteMoga sihat2 selalu kak
Seronok kakak dengan adik.. Alhamdulillah..
ReplyDelete