Friday, 19 December 2025

Terima Kasih Cikgu 🌹

Memang berhajat nak belikan cikgu² hadiah sempena Kakak habis sekolah ni. Ada dah cadangan hadiahnya. 

Tiba² dapat tahu 11 orang cikgu termasuk beberapa orang cikgu senior yang mengajar Abang dulu pun dapat surat pertukaran. Ada yang nak bersara awal dan ada juga yang bertukar daerah. Yang nak berhenti jadi guru pun ada. Jadinya dengan bajet yang ada tu, Ummi terpaksalah lebihkan kuantiti. Mampu beli hadiah mur-mur je untuk cikgu². Seboleh mungkin nak bagi semua dapat, termasuk cikgu² yang ajar Kakak. 

Mula² terjah Ninso... 

Kemudian singgah Mr Diy pulak. 


TQ card tu minta depa tulis sendiri ucapan kpd cikgu.

Cg Murni nak bersara awal. Tak silap Ummi dah 22 tahun di SRAI. CM ni pernah jadi guru kelas dan guru Al Quran Abang juga dulu. 

Belikan juga hadiah untuk Naurah. 
Hari tu kan Naurah bagi jam untuk classmates dia... 

Ini pula Ummi tolong balut hadiah untuk besties Adik; Ika & Insyirah. Lagi satu tu hadiah birthday untuk Hannan.

Semoga cikgu² terima dengan besar hati hadiah tak seberapa dari kami ni. Jasa cikgu² didik anak⁴ kami tak mampu dibalas pun. Hadiah ni sekadar tanda ingatan dan kenangan untuk cikgu² 🌹




23 comments:

  1. Cie baru ni beli kat Shopee je untuk guru2 KAFA. Kita tak mampu balas jasa mereka mengajar anak2 kita. Dapat bagi hadiah tak seberapa je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang²nya ada lah juga tanda ingatan dari kita kan Cie. Selebihnya kita iringkan DOA utk cikgu² agar sentiasa dlm kebaikan dan beroleh keberkatan hidup.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. tercapai hajatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Seronoklah rasanya bila dapat juga belikan hadiah utk cikgu², wpun tak seberapa :)

      Delete
  3. MZ tak beli hadiah utk cg2 la thn ni...may be thn dpn lah kot kalau ada rezeki...sbb next year tahun terakhir ariff kat sek men (sbb SPM thn dpn), dan tahun terakhir razeen kat sek rendah (thn dpn dia masuk djh 6)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nx year MZ jadi macam PH tahun ni la, 2 anak beralih fasa. Sorang ke sek men, sorang habis sekolah In Sha Allah

      Delete
  4. Alhamdulillah.. settle juga. Nani hadiah untuk cikgu belum settle lagi. Untuk kawan kawan dulu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah moga Allah mewahkan rezeki akak sebab rajin berkongsi rezeki

    ReplyDelete
  6. Selalu dengan cikgu2 jadi emo pula kita....dah mengajar anak2 sampai mereka F.5. Alhamdulilah ada hadiahnya ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun sampai sekolah rendah....dan nak mula pula sekolah menengah.

      Delete
    2. Bila tahun akhir tu mmg emo, tak kisah la sek ren ke men atau habis men. Double sedih tahun ni sbb Abang Kakak dua² beralih fasa 😌

      Delete
  7. Jasa cikgu2 tak terbalas kan dengan pemberian kita tapi nak juga kita sampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Pasti senaaaang sangat guru2 yg menerima hadiah. Bukan Krn harga atau barangnya, tp itu berarti murid2nya tulus mengingat kebaikan dan jasa beliau . Itu yg buat senang dan terharu

    ReplyDelete
  9. cikgu2 biasanya tak kisah sangat pun hadiah yg diberi oleh parents. yg penting rasa dihargai oleh murid dan ibu bapa tu pun dh cukup utk buat cikgu puas hati kan :D

    ReplyDelete
  10. Menariknya bagi hadiah kat cikgu2 anak- anak ...

    ReplyDelete
  11. betul..jasa semua cikgu ni x terbalas..hadiah sbg tanda ingatan...

    ReplyDelete
  12. Bila dah habis tahun tu memang mak lah yang selalunya terlebih emosi.. Nilai tu tak penting pada Sha, yang penting tanda ingatan dan penghargaan atas jasa mereka dalam mendidik anak kita kan..

    ReplyDelete