Alhamdulillah ada rezeki Ummi turut serta menyantuni Gexxin semasa anak² ni menduduki peperiksaan SPM. Turn Ummi waktu exam subjek Sains tulen la.
Ini masa Paper Kimia (4/12).
Lepas Kertas 1, pihak KSIB akan edarkan air mineral dan bun/roti untuk alas perut. Pihak sekolah hanya benarkan roti/bun sahaja. Itu pun kena tempah dengan koperasi sekolah atau kantin untuk mengelakkan risiko keracunan makanan dsbnya. Air mineral pun disediakan, free flow.
Ini Ummi bertugas masa Paper Fizik 8/12. Floss bun menu untuk hari ni. Murid² kelas pure science ni seramai 56 orang saja (2 kelas).
Masa Paper Bio (10/12) Ummi tak dapat hadir. Ada majlis anugerah di SRAI.
Ini masa paper Add Math (15/12) semalam. Ada parent sponsor mini sosej bun. Dapat 2 jenis bun la semalam. Kali ni 86 orang, sekali dengan students kelas akaun.
Sebelum masuk dewan exam, depa berkumpul di luar dewan untuk bacaan doa. Semalam turn Sheikh Abang baca doa.
Bila anak² masuk dalam dewan peperiksaan, ibu² berkumpul di surau. Ada yang solat hajat, ada yang baca Yasin...
Alhamdulillah selesai dah tugasan Ummi. In Sha Allah 23/12 nanti Paper BA, last paper for SPM 2025. Semua ibu ayah turun rasanya sebab nak jemput anak² balik rumah for good. Sedih la pulak π₯Ή

Semoga dipermudahkan adik2 exam. Result cemerlang aamin
ReplyDeletekenapa laa zaman sy amik spm x mcm ni...π
ReplyDeleteooo 23/12 yer last paper...moga2 kejayaan mengiringi anak2 kita semua..aamiin
ReplyDelete