Monday, 8 December 2025

Kakak ~ Ujian Kelayakan Kelas Aliran Agama (KAA)


Alhamdulillah Kakak dipanggil untuk Ujian Kelayakan Kelas Aliran Agama (KAA) di sebuah SMK harian. Ikutkan penempatan sekolah menengah (feeder school) Kakak di sekolah lain, tapi dipanggil untuk Ujian KAA di sekolah ni. Kita datang je la kan sbb ini panggilan/arahan dari JPN Selangor. 

Cuaca agak cerah dan sedikit berkabus. Syukur tak hujan macam pagi sebelum tu...

Sampai awal, lepak dulu dalam kereta. Teringat Ezna tanya warna lipstick Nurraysa Ummi beli tu, Ummi suruh Kakak test dekat tangan dia  😁 

Ini yang Elegant Rosy tu Ezna... Yang Wild belum rasmi. 

Duduk sarapan dulu dekat kantin. Pukul 8.15 baru mula taklimat untuk exam.

Ujian bertulis selama 1 jam, merangkumi BA, Jawi, Tilawah. Ada soalan objektif, isi tempat kosong dan gariskan jawapan kata Kakak. 

Selesai ujian bertulis, mereka ke surau untuk ujian Syafawi dan lisan. Kemahiran yang diuji hafazan (surah² lazim), tilawah dan bertutur BA. Juga ditanya kecenderungan dan minat untuk masuk KAA.  

Kakak sedang ditemuduga, oleh Guru Penyelaras KAA sekolah ni sendiri. Ustaz tanya juga sekolah² lain yang Kakak mohon. 

KAA di sini sampai Tingkatan 3 shj. Kalau nak sambung, kena pindah ke sekolah SAM atau SMK Sg Pusu. Kalau tak mahu, boleh masuk mana² aliran F4 yang sesuai di sekolah ni. Dari 87 calon (if not mistaken), hanya 40 orang akan dipilih. Selebihnya akan ditempatkan di kelas aliran biasa. 

Jumpa juga Zahra, bff Pasti dia tapi Ummi pun dah tak cam. Girlie Zahra sekarang 🤩

Alhamdulillah, selesai.
Cantik sekolah ni, atas bukit. Pokok pun besar², sejuk je. 

29/12 nanti boleh buat semakan keputusan KAA Negeri Selangor. 

Semoga ada rezeki yang terbaik utk Kakak 🤲🏻

2 comments: