Thursday, 25 December 2025

Recap Week 51, 2025

Week 50 ✅
Week 51: 16/12-23/12/2025

RABU Alhamdulillah Adik dilantik semula sebagai Pengawas Sekolah. Sekolah depa setiap tahun kena reapply dan re-interview untuk jadi pengawas semula. 

KHAMIS 18/12 Sesi terakhir bacaan Yasin Gexxin anjuran KSIB F5. Kali ni Ustaz Abu Z, Pengerusi KSIB F5 sendiri yang lead bacaan. 

JUMAAT Bersendirian menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Hari ni jemput Angah balik dan ada sesi serahan result UASA. Kena kerja keras lagi Angah ni.

SABTU Tengok penutup Sukan SEA Thailand 2025. Next two years, Malaysia pula jadi tuan rumah. Seingat Ummi, last Malaysia jadi host Sukan SEA masa tu KJ jadi Menteri KBS. 10 tahun dah ye... 

AHAD Sedih pulak 🥹

ISNIN Mengemas kotak² simpanan, terjumpa lukisan Abang masa Darjah 6. Macam tak percaya anak sulong Ummi dah habis sekolah.

SELASA Menguruskan Kakak dan Abang yang keduanya dah habis sekolah


13 comments:

  1. saya tak pernah jadi pengawas. tktau zaman dulu mmng ada interview atau tak. baguslah dia tapis orang yg betul2 layak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Akk Cg pilih, takde interview apa pun. Sekarang ramai murid berkebolehan kot, kena la iv dulu agaknya :)

      Delete
  2. Bagus adik.... berminat jadi pengawas ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat sangat Kak. Nak² Cg selalu suruh dia jaga kelas 😄

      Delete
  3. dak aish dari tahun satu sibuk nak jadi pengawas. tahun depan dapat jadi tamatlah zikir dia tu. tapi kafa dia tak terpilih jadi pengawas. mungkin belum lagi tak tau la. entah apa yang dia seronok nak jadi pengawas tak tau la dak kecik tu.haha.

    tapi ummi dari form 1 jadi pengawas sampai form 6. zaman dulu sebab suka dapat pakai kasut hitam.kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tahniah Aish! Jadi pengawas best, boleh tolong Cg kata Adik:D
      Pastu baju pun warna lain , seronoklah agaknya hehe

      Delete
  4. SA pernah jadi pengawas beberapa tahun berturut2...sebab tu SA x ramainyang suka...hahahaha..semoga yang baik2 untuk anak2 semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti SA pengawas yg garang ni hehe... PH sekolah rendah merasa la jadi pengawas. Naik sekolah menengah ramai yg lebih berketrampilan, jadinya tak terpilih la

      Delete
  5. Makanan kantin nya kliatan sedap kak , 😍. Teringat dulu kantin kampus saya di Penang, juga sedap2 menunya 😄. JD rindu nak makan lagi 😁.

    Baguuus lah gambar si Abang. Lukisan saat dia msh darah 6 yaa.

    ReplyDelete
  6. Ingatkan jadi pengawas sampai habis sekolah. Rupanya kena mohon semula dan interview lagi.. kalau dulu interview je dan sampai habis sekolah. Bagus juga kalau macam sekarang. Nak kekal jeadi pengawas kena tip top semua aspek la kan

    ReplyDelete
  7. Makan di kantin pun sedap. Selamat sudah Abang habis sekolah. Nanti seorang demi seorang habis sekolah dan masuk U. Menandakan kita dah tua. 🙈

    ReplyDelete
  8. sek adik kena reapply jd pengawas yer..sek my razeen auto jer..start djh 2 jd pengawas, so akan jd pengawas sampai djh 6 lah alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Masih elok lagi lukisan abang ..cantik warnanya ..tak comot

    ReplyDelete