Monday, 8 December 2025

Kakak ~ Ujian Kelayakan Kelas Aliran Agama (KAA)


Alhamdulillah Kakak dipanggil untuk Ujian Kelayakan Kelas Aliran Agama (KAA) di sebuah SMK harian. Ikutkan penempatan sekolah menengah (feeder school) Kakak di sekolah lain, tapi dipanggil untuk Ujian KAA di sekolah ni. Kita datang je la kan sbb ini panggilan/arahan dari JPN Selangor. 

Cuaca agak cerah dan sedikit berkabus. Syukur tak hujan macam pagi sebelum tu...

Sampai awal, lepak dulu dalam kereta. Teringat Ezna tanya warna lipstick Nurraysa Ummi beli tu, Ummi suruh Kakak test dekat tangan dia  😁 

Ini yang Elegant Rosy tu Ezna... Yang Wild belum rasmi. 

Duduk sarapan dulu dekat kantin. Pukul 8.15 baru mula taklimat untuk exam.

Ujian bertulis selama 1 jam, merangkumi BA, Jawi, Tilawah. Ada soalan objektif, isi tempat kosong dan gariskan jawapan kata Kakak. 

Selesai ujian bertulis, mereka ke surau untuk ujian Syafawi dan lisan. Kemahiran yang diuji hafazan (surah² lazim), tilawah dan bertutur BA. Juga ditanya kecenderungan dan minat untuk masuk KAA.  

Kakak sedang ditemuduga, oleh Guru Penyelaras KAA sekolah ni sendiri. Ustaz tanya juga sekolah² lain yang Kakak mohon. 

KAA di sini sampai Tingkatan 3 shj. Kalau nak sambung, kena pindah ke sekolah SAM atau SMK Sg Pusu. Kalau tak mahu, boleh masuk mana² aliran F4 yang sesuai di sekolah ni. Dari 87 calon (if not mistaken), hanya 40 orang akan dipilih. Selebihnya akan ditempatkan di kelas aliran biasa. 

Jumpa juga Zahra, bff Pasti dia tapi Ummi pun dah tak cam. Girlie Zahra sekarang 🤩

Alhamdulillah, selesai.
Cantik sekolah ni, atas bukit. Pokok pun besar², sejuk je. 

29/12 nanti boleh buat semakan keputusan KAA Negeri Selangor. 

Semoga ada rezeki yang terbaik utk Kakak 🤲🏻

20 comments:

  1. Semoga Kakak berjaya dapat.

    ReplyDelete
  2. Aaamiiin. Semoga memang rezeki si kakak dapat sekolah di sini yaaa 🤗

    ReplyDelete
  3. Insyaallah semoga ada rezeki kakak nanti. Rasa masa batch Kyra je kot yang takde interview...know-know dapat je. Yelah merekakan batch yang tersakiti haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dah la dapat result tak berjaya. Lagi sakit hati ahaha

      Delete
  4. Ya, LZ doakan juga semoga ada rezeki untuk kakak, aaminn yra..

    ReplyDelete
  5. Semoga kakak antara 40 orang yang berjaya dapat tempat di KAA tu. Aamiin ..

    ReplyDelete
  6. Semoga ada rezeki kakak di sana... insya allah

    ReplyDelete
  7. all the best utk kakak! sweet la warna lipstick tu

    ReplyDelete
  8. Ahhh cantiknya Elegant Rosy tu...warna yang saya suka....:) Terima kasih tunjukkan....ohhh ada ujian kelayakan untuk Kelas Aliran Agama ya....macam zaman Dania dulu...Dania dapat interview SMAKL dan SMAPutra kemudian bila tak dapat SMA ni terus dapat Kelas Aliran Agama. Dania dapat SMK Alam Damai tapi bila dah pindah area Kajang tu tolak la SMK ni. Dapat pula SMK Putrajaya Presint 18 (1) untuk KAA....tolak pula sebab Dania nak stay kelas DLP pulak. Tak lama lepas tu pindah SMK Jalan Empat pula sebab nak Dania kat sekolah kluster. Elok je masuk 2 minggu dapat tawaran ke MRSM Serting pulak....dah survey sampai serting tapi.... ummi dia takut tak dapat untuk tiba awal ke sekolah in case of emergency...so tak pergi MRSM Serting. F.4 dapat pula SM Teknik Melaka pun tak pergi juga stay SMK Jalan Empat. Bila asasi ada kawan sekelas tanya...awak kan Dania Yasmine yang tak masuk daftar MRSM Serting...hehe ada yang masih ingat gak. Idak Dania sebilik dengan budak ni dan ex sekolah rendah dia jugak. Keciknya dunia ni.... kenangan...

    PH...SMAPutra (Putrajaya) pun ada bukak jugak permohonan untuk mereka yang di luar Putrajaya tapi kena apply melalui website Jab Pendidikan Putrajaya. Dulu tak ada asrama tapi sekarang asrama disediakan. SMAPutra ni pun sama dengan SMAKL ni ulul albab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang semua kena ujian 😅
      Banyak sangat permohonan dan saingan. Sebelum ni kelas KAA ditawarkan kpd murid (dapat offer).
      SMAPUTRA pun dah kena apply thru KPM sekarang ni Ezna, bawah BPI. Kena ambil PKSK dulu. Lepas tu start this year single window application je, MRSM SBP pilih sekali. Kiranya murid akan dapat 1 je tawaran either MRSM atau SBP/SMKA.

      Lipstick tu kita guna one by one, lambat lagi la nak dapat tengok yg lagi satu tu hihi 😁

      Delete
  9. Semoga dapat result yang terbaik utk kakak. Inshallah Allah mudahkan

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya. Kakak Raisha kelas KAA jugak. Sampai form3 je.

    ReplyDelete
  11. Semoga kejayaan milik kakak ye...

    ReplyDelete
  12. Subjek untuk KAA ni sama macam belajar di SMKA kan.. ada subjek Bahasa Arab. Kiranya optional untuk student yang tak nak belajar di sekolah berasrama.

    ReplyDelete