Tuesday, 2 December 2025

Kakak ~ Program Pasca Darjah 6

Selain penyerahan keputusan PSRA semalam, turut diadakan majlis penyampaian hadiah untuk Program Pasca Darjah 6. Program ni kiranya pengisian selepas habis PSRA dan UASA

Ada pelbagai program berkumpulan yang dilaksanakan seperti LDK, pertandingan buat sandwich, persembahan dsbnya. Setiap acara ni dapat mata. 

Alhamdulillah, kumpulan Kakak dapat tempat kedua keseluruhan, berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Pembahagian kumpulan ikut kumpulan study masa Pecutan PSRA hari tu. Dapatlah sekumpulan dengan bff Oppa. Hadiah berkumpulan ni semua murid dapat, cuma top 3 tu lebih sikitlah hadiahnya. Baguslah, semua  merasa dapat hadiah. 

Bawa balik bakul, tuala muka dan keychain nama sendiri. Makanan (Nabati) dalam bakul tu dah habis dimakan :) 

Alhamdulillah, rezeki Kakak dapat hadiah Tokoh Murid Perempuan utk program ni. Kakak dapat TV katanya haha... 

Masa dia usung hadiah ni ke kereta Ummi ingat dapat frame ayatul Quran. Rupanya bukan. 

Meja lipat. 
Patutlah berat ๐Ÿ˜…

Beg purple ni besar juga saiznya, bolehlah Kakak isi baju masuk asrama nanti :) 

Alhamdulillah. 

22 comments:

  1. Tahniah kakak.. menarik hadiah meja lipat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dia. Itu la lain dari kebiasaan hadiah kali ni

      Delete
  2. Tahniah! Hadiah pun memang berguna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq BK. Yes, hadiahnya functional.

      Delete
  3. Alhamdulillah...Tahniah kakak dan kumpulan kakak. Banyak dapat hadiahnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq Fiza. Bakul tu pun boleh bawa ke asrama, buat letak barang mcm bedak ke sikat ke... Cikgu pun dah fikir ke depan hihi

      Delete
  4. congrats kakak! memang top performer ni!

    ReplyDelete
  5. tahniah kakak dpt Tokoh Murid Perempuan

    ReplyDelete
  6. Meja lipat tu pun berguna kat asrama masa stay up nanti ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak... Cg pun back hadiah sesuai untuk kegunaan di asrama :)

      Delete
  7. Congrats kakak! She is a smart cookie :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah kakak, sibuk hingga ke hujung tahun PH mengelola aktiviti anak-anak, semoga dipermudahkanNya jua, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk sangat² Kak Ana. Back to back program depa. Plus Abang tengah SPM ni, kacau bilau jadinya hihi

      Delete
  9. Tahniah kakak, bagus ustzah pandai pilih hadiah...hadiah yang boleh guna nak masuk asrama nanti kan...aunty SA doakan kakak berjaya masuk asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin tq Aunty atas doanya. Itulah kata, hadiahnya semua sesuai untuk kegunaan di asrama.

      Delete