Thursday, 11 December 2025

Kakak ~IV TMUA (UKT)

IV (interview) TMUA atau disebut Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) untuk yang memohon  SMKA TMUA telah berlangsung pada awal Disember di sekolah pilihan masing². 

25/11 tempohari adalah hari yang getir untuk Ummi sebab hari tu bermulanya SPM bertulis dan dalam masa yang sama juga berdebar nak tahu keputusan Kakak dipanggil atau tidak untuk UKT. Ummi ni apa yang tak berdebar 🀭

Alhamdulillah Kakak dipanggil untuk UKT ni pada 2/12. Selain beberapa orang rakan sekolah, cucu saudara Ummi Ammar turut dipanggil ke iv ni. Tapi tak jumpa sebab sesi lain². 

Lengkap info yang disediakan oleh pihak sekolah untuk maklumkan/persediaan calon πŸ‘πŸ»

Format temuduga.
Ummi ni ibu senior (Kakak anak ke-3) ramai parents anak sulong bertanyakan itu ini. Ummi tepek sini utk rujukan semua. In future mungkin ada perubahan tapi untuk tahun ni inilah formatnya. Angah (2024) dulu pun ikut format ni. Abang (2021), takde ujian tahriri. 

Kena ambil maklum ibu ayah yang mohon SMKA TMUA. Kurikulum SMKA TMUA adalah pure science untuk menengah atas, bermula dengan batch Angah. Takde lagi kelas aliran agama, akaun, ekonomi dsbnya bila nak upper form.  Untuk SPM 2028 nanti Angah akan ambil 12 subjek, macam Abang. Ada rezeki Kakak dapat SMKA TMUA, pun sama. Akan ambil aliran sains tulen. Selari dengan hasrat KPM, nak melahirkan professional huffaz. 

Semakan keputusan UKT dijadualkan pada 26/12. 

Doakan Kakak berjaya πŸ€—

2 comments:

  1. biasanya camtulah, anak nak iv orang tua yang anxiety hihi.. saya doakan semoga berjaya apa yang impikan

    ReplyDelete