Friday, 26 December 2025

Kenduri Kesyukuran Cik Tah

Alhamdulillah rezeki hujung minggu lepas; Sabtu kenduri kahwin Uncle Akmal, Ahad pula Cik Tah jemput ke rumahnya. CT buat kenduri kesyukuran sempena anaknya Marwa dan sepupu²-nya khatam Al Quran dan si bongsu Mecca masuk jawi :D 
Orang sekarang tahu ke masuk jawi tu apa? Hehe... 

Pelamin yang cantik...
Untuk majlis Khatam Al Quran dan port bergambar. 

Selain lauk standard kenduri (ayam masak merah, dalca, papadom) ada juga masak lemak ikan masin + nenas, kerabu kacang botor + timun dan semestinya ikan masin. Ada juga kuih muih dan kek marble kesukaan Ummi. Semuanya sedap alhamdulillah. 

Cendol pun ada. 
Kena cedok cendol dan tambah sendiri air gula. Ummi ni tak pernah buat cendol. Tak reti nak bajet berapa banyak air gula nak kena letak. Itu yang pucat (dan tawar le) cendol Ummi 🤭 Tapi bila dah disesuaikan rasanya tu sedaplah. Hari pulak panas membahang, memang nikmatlah hirup cendol. 

Buah tangan dari tuan rumah. 

Vacuum Flask ni CT bagi special untuk Ummi je, bukan semua tetamu. Alhamdulillah orang memberi kita menerima :) 

Tak cukup dengan itu, CT tapaukan juga makanan. Jazakillah dear 😘

Thanks again for having us
Semoga dimewahkan rezeki selalu dan berkekalan ukhuwah kita hendaknya  🤲🏻 


15 comments:

  1. GenZ mesti taktau kan masuk jawi tu apa. Hihi. Sedapnya menu kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sekarang pun org dah jarang sebut masuk jawi ni kan

      Delete
  2. Murah rezeki PH, dapat makan kenduri dan tuan rumah siap tapaukan lagi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kami. Kenyang sampai malam :)

      Delete
  3. alhamdulillah ..rezeki. siap dapat hadiah dan makanan tapau lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat kawan yg baik hati hihi

      Delete
  4. Tahu masuk jawi tu apa....kalau lelaki part masuk jawi tu la yang sakit sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tahu la kan. Anak2 Gen z mesti tak tau kot hihi

      Delete
  5. Tengok di fb, program masuk jawi, Bomba datang sembur air, seronok nya anak2. Yang ayahnya share before & after pun lucu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam² gelagat anak² masuk jawi ni. Dulu² kena berendam dalam parit, pun best juga hehe

      Delete
  6. alhamdulillah, dpt hadiah special dan dpt tapau food jugak tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah member sorang ni mmg murah hati. Ada² je yang nak dikongsi ☺️

      Delete
  7. Lama tak dengar masuk jawi, ihiks~
    Cantiknya flusk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Budak² skrg pun tak tahu agaknya masuk jawi tu apa 😁

      Delete
  8. CCL ada satu vaccum flask set tu ..dpt doorgift masa dinner hari tu .. belum cuba pakai lgi ..

    ReplyDelete