Wednesday 25 September 2024

Melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai

Perjalanan kami teruskan... Dari Ipoh, Batu Gajah dan Gopeng akhirnya kami sampai ke tempat yang hendak dituju. 

Ada apa di sini? 
Itulah tujuannya kami ke mari, nak tengok apa yang ada :) 

Jauh ke dalam juga tempat ni sampaikan Kakak dah risau dan takut haha... Kita nak pergi dekat gunung tu ke Ummi? Iye, memang pun :D Masa ni belum jumpa kampung jadi jalan agak sunyi. 

Kg Menderang, Sungkai, Perak. 
Simpan sini gambarnya tanda hadir :) 

Tempat ni dibuka jam 2.00 - 5.00 ptg. Kami sampai around 1.50 pm, lepas daftar guard suruh masuk ke dalam. Nanti staff akan datang entertain kami. Masuk percuma ye. 

Kediaman staff Perhilitan ni nampak baru dan selesa. Menurut staff bertugas, pusat konservasi ni hanya mula dibuka untuk lawatan lepas PKP dulu. Sebelum tu tak dibuka untuk orang awam. Mungkin ramai lagi yang belum tahu wujudnya pusat konservasi ni. Waktu kami pergi tu pun tak ada pengunjung lain. 

Haiwan² yang ada dalam pusat konservasi ni. Sebenarnya ada juga harimau tapi diasingkan di hujung kampung dan tak dibuka untuk orang awam. Menurut staff bertugas tu, ada 14 ekor semuanya.

Excited bila masuk ke dalam nampak rusa tengah berkubang. Sepanjang pemerhatian kami, haiwan² di sini ditempatkan dalam kawasan yang besar, walaupun berpagar. Memandangkan ianya pusat konservasi, haiwan² dibiarkan bebas umpama berada dalam natural habitat mereka kecuali beberapa species yang dikurung

Rusa lagi ... 

Sementara tunggu staff bertugas datang, kami hanya melepak di depan pejabat. Cuak juga sebab tak nampak kelibat sesiapa di tengah hutan ni 😅

Bila staff bertugas datang, barulah dibuka galeri ni. Ada pelbagai species haiwan yang diawetkan untuk kajian/simpanan pihak Perhilitan. 

Rupanya nama saintifik seladang bos gaurus ye. Patutlah team bola Perak dilabel The Bos Gaurus. 

Antara species yang diawetkan. 

Rangka harimau berusia 4 tahun. Beratnya 120kg semasa hidup. 

Sedihnya 😭

Kemudian kami dibawa menuju ke kandang anak² rusa. Ada sepasang anak rusa (Wak, jantan 5 thn) dan Betty (betina, 4 thn). Dua² ni jinak dan manja... 

Yang bertanduk tu Wak. Tanduk tu setahun sekali patah dan tumbuh baru (salin tanduk). 

Adik Kakak memang suka haiwan. Siap bagi rusa makan pucuk² kayu tepi pagar ni. Staff situ yang bagi kebenaran untuk pegang dan bagi makan. Rasanya 2 ekor anak rusa sengaja ditempatkan di sini untuk bermesra dengan para pengunjung sebab yang lain² tu semua dalam pagar besar, bebas berkeliaran. 

Sebelah kandang anak rusa ni, ada kandang kancil dan musang tanah. Musang tanah ni masuk perangkap di sempadan negara, 
diserahkan kpd Perhilitan sebab ianya species terancam. Kesian, takde kawan seekor dia je. 

Buah Kulim. Baunya seakan bawang putih, banyak khasiat dlm perubatan Melayu. 

Pokoknya tinggi dan besar. Buahnya yang matang akan gugur ke tanah. 

Seterusnya kami ke kurungan burung² liar dan terancam. 

Banyak rupanya species burung² liar ni. Merak dan punai Ummi kenal, selebihnya tak pernah dengar namanya. 

Contohnya ni 👆
Burung² ni dikurung untuk dibiakkan. 

Bilik Penetasan. Kami tak dibawa ke sini, hanya tengok dari jauh tempatnya. Kawasan tenggiling pun kami tak dibawa melawat. 

Kemudian kami ke kawasan seladang. Ingatkan depa nak bawa naik Hilux Perhilitan haha... Rupanya kena masuk sendiri ke sana, dengan kenderaan sendiri. Staff pun tak ikut, cuma berpesan jangan buka cermin kereta, takut ungka datang kacau. 

Scary juga ye... Hutan kiri kanan tebal sebab ni kan kawasan hutan simpan. Hanya kami anak beranak je kat sini, staff tu pun dah start motor hala ke main entrance sana. Cuak jugalah 😅

Tak jauh pun dari kawasan tadi, dalam 5 minit drive je... 

Seladang! 
Tajam pandangan dia, ghisau

Berpusinglah kami di sini hingga ke hujung jalan. 

Ada dalam 7-8 ekor x silap seladang yang kami nampak. Semuanya bebas berkeliaran dalam pagar ni. Ada kawasan paya juga, mungkin tempat seladang berendam/minum. Kawasan ni dikelilingi hutan, mungkin nak wujudkan suasana habitat semulajadi untuk haiwan² di sini, termasuk kawanan seladang ni. 

Alhamdulillah satu pengalaman yang baru dan sangat menarik untuk kami sekeluarga. Seronok dapat discover tempat² sebegini. Sedikit sebanyak dapat tambah pengetahuan dan pupuk kesedaran kpd anak⁴ tentang kepentingan menjaga khazanah negara termasuk haiwan dan tumbuhan. 




1 comment:

  1. Anak2 saya pun suka pegi tempat2 mcm ni sebab ada binatang. Seladang tu mesti besar saiznya kan.

    ReplyDelete