Wednesday 18 September 2024

Ke Galeri Rumah Lat, Batu Gajah

Dato' Lat (Dato' Mohammad Nor bin Mohammad Khalid) adalah seorang kartunis tersohor. Kampung Boy karya beliau sangat terkenal dan ramai di kalangan kita 'membesar' bersama karya beliau. 


Di kesempatan yang ada, kami ambil peluang untuk berkunjung ke Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah. Dari Meru Raya ke Batu Gajah lebih kurang 30 minit sahaja. 

Masuk adalah percuma, cuma kita diminta menulis nama dan bilangan ahli keluarga/rombongan. Mungkin utk rekod pihak galeri. 

Kawasan ni terbahagi kepada 2 bahagian; replika rumah keluarga Dato' Lat (seperti dlm buku Kampung Boy) dan galeri yang mempamerkan sejarah hidup DL, hasil karya dan kolaborasi DL bersama jenama² besar negara. 

Dirasmikan pada tahun lepas, kira baru lagilah tempat ni. 

Memang istimewa bakat yang Allah anugerahkan kpd beliau. Lukisan beliau mampu membangkitkan nostalgia masa lalu dan sangat relatable dgn kita. 

Lat = Bulat :D 

Kusyuk baca kartun² hasil karya DL. Depa tak pernah baca buku DL tapi kenal DL melalui Siri Kampung Boy di kaca TV. Dan bila diberitahu DL ni abang kpd arwah Mamat Khalid bertambah teruja meteka. Sebab semuanya peminat Hantu Kak Limah dan Kampung Pisang Bersiri-siri :D 

Peminat² DL juga berbilang bangsa. Ada family Cina, India yang kami temui di galeri ni. Teringat pulak dekat  Mrs Hew, guru BI DL yang sangat ikonik wataknya dalam Kampung Boy. 

Buku DL yang warna hijau (middle row) tu Paklong ada beli dan bawa balik ke kampung. Dari situlah Ummi kenal karya DL. 

Pelbagai anugerah/penghargaan yang diterima oleh DL. 

Kedai cenderamata. 

Replika rumah keluarga DL bersebelahan galeri. 

Setiap sudut rumah dihiasi frame karya DL yang berkaitan dgn ruang tersebut. 

Dapur kayu, sebijik macam dapur rumah arwah Tok, sebelum kami gunakan dapur gas. Malah Ummi masih ingat kenangan kami cari kayu api di bukit untuk kegunaan dapur. Kayu getah yang dah dipotong, diikat dan dijunjung di atas kepala. 

Ini pun nostalgia juga... Petang² duduk di pangkin bawah rumah sambil teman arwah Tok Wan gobek pinang dan minum kopi. 

Satu inisiatif yang sangat baik oleh pihak kerajaan. Semoga legasi Dato' Lat terus dipelihara dan dikekalkan utk tatapan generasi muda. 

Galeri Rumah Lat 
Lot 365404, Jalan Bemban
31000 Batu Gajah
Perak
Waktu operasi: 10.00 pg - 5.00 ptg 
(Jumaat tutup jam 12.15 t/hr -2.45 ptg utk solat Jumaat) 

Kome² yang duduk di Batu Gajah atau datang ke sini jangan lupa ye singgah di Galeri Rumah Lat ni. Tak rugi singgah 👍

12 comments:

  1. Boleh lah menyinggah nanti kalau dah duduk Tronoh..
    Linda baru tahu DL adik beradik dengan arwah Mamat Khalid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok bawa anak² datang sini Linda, bolehlah kenal dgn kartunis tersohor ni. The one & only Dato' Lat

      Delete
  2. Kita² yg membesar dengan karya beliau. Legend ni!

    ReplyDelete
  3. Ehh..baru tau mereka adik-beradik. Dua-dua hebat berkarya.

    Menarik dapat melawat tempat begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, arwah Mamat adik bongsu Dato' Lat.
      Betul, tempat² begini dapat tambah pengetahuan juga

      Delete
  4. Oh ye ke.. sy pun bru tahu DL tu abg kepada arwah Mamat khalid.

    ReplyDelete
  5. Menarik ni..
    ehh.. akak boleh geng dengan anak2 PH lah.. kami sama-sama layan kartun Kampung Boy 😁

    ReplyDelete
  6. Dulu arwah papa pernah beli buku Lat ni. Kita pun tengok la tapi memang nostalgia sebab Lat punya cerita berlatarbelakang kampung.

    ReplyDelete
  7. Rugi kalau tak singgah sini kan. Menariknya suasana Rumah Lat ni. Arwah dua beradik yang sangat berbakat dalam seni.

    ReplyDelete
  8. Semoga lah nanti saya ada kesempatan utk bisa kliling Malaysia. JD bisa singgah di sini juga. Sukaaa dengan museum seperti ini. Apalagi kalo menyangkut penulis favorit.

    ReplyDelete
  9. Suka baca komik Lat pasal kehidupan di kampung satu masa dulu. Wah kalau singgah Batu Gajah boleh la datang sini.

    ReplyDelete