Sunday 22 September 2024

Abang Al Hafiz

هذا من فضل ربي 

Alhamdulillah detik yang Ummi Walid tunggu² akhirnya tiba juga. 

Tahniah Abang, antara 15 terawal (12/147 murid) khatam hafazan dalam batch-nya dan yang ketiga dalam halaqahnya. Dapat sijil dan duit dari sekolah. 

Alhamdulillah 3/10 org anak² halaqah Ustaz Rahim dah khatam. Tahniah Ustaz dan ibu ayah Afiq & Luth.  Insha Allah lagi 7 orang pun tak lama dah... Semua berlumba² nak khatam cepat sebab nak fokus kepada akademik pula bila naik F5 nanti. 

Ramli, Ajis, Sudin 😁
Berkawan baik sejak F1 dan alhamdulillah ketiga²nya dah berjaya khatam hafazan 30 juzuk. Luth & Abang memang berlumba² nak khatam, kalau boleh nak sama² khatam. Tapi rezeki Luth khatam 30/8, Abang pula Isnin 2/9/2024 (28 Safar 1145H)

Sebagai tanda kesyukuran, kami buat kenduri kesyukuran sikit, jamu anak² halaqah dan guru² halaqah F4 Jumaat 6/9 lalu. 

Nasi Lemak Ayam Goreng utk Ustaz/Ustazah Halaqah F4 serta kawan² halaqah Abang. Ikutkan nak jamu satu form, tapi bajet tight ☺️

Jadi, utk kawan² Abang yang lain, Ummi order cheese tart. Pakat rasalah sorang sikit ye. Nak makan banyak², kenyang² datang rumah, Ummi masak 🤗

As usual, kalau dessert Ummi akan order dengan Acik Solehah. 

Ada kek juga, Ustaz beli untuk celebrate birthday Abid & Muaz. 

Sedikit tanda mata untuk Ustaz. 
Sangat² hargai usaha Ustaz membimbing Abang dan terima kasih banyak sangat dekat Ustaz yg sentiasa menyantuni anak² dgn baik dan sentiasa meraikan mereka. Rezeki anak² Halaqah Warsh dapat guru halaqah yang sangat sporting

Terima kasih kawan² maya yang selalu doakan Abang & adik³-nya 🌹 
Semoga segala kebaikan berbalik juga kepada semua.




2 comments: