Saturday 21 September 2024

Terlupa Ada Kenduri

Allahu terlupa sungguh yang hari ni 21.9 Ummi ada undangan majlis perkahwinan dari Kak Nod ni. Jemputan tiba 19.8, dalam group tadarus kami (WA group). Group Tadarus ni pulak sekali sekala je 'berbunyi'. Masing² ada kekangan dan kesibukan tersendiri hatta aktiviti tadarus pun dah terhenti. 

Sejak dapat jemputan 19.8 tu pun masing² membisu, hinggalah hari kejadian baru ada yang update kehadiran ke majlis tersebut. Ummi pun lupa nak save dalam kalendar, tepuk dahi sajalah 🤦

Kak Nod dulu ketua Ummi, waktu Ummi kerja di sebuah NGO. Masa final exam final year dapat offer kerja dgn NGO ni. Ditawarkan gaji RM1000, besar dah bagi Ummi masa tu. Ikutkan Paklong suruh Ummi cari kerja lain tapi Ummi nak try dulu sebab alang² dah dapat offer sebelum grad, accept je la. Degil tak nak dengar cakap Paklong, rupanya kerja di NGO ni bukanlah seindah yang digambarkan haha...  Mulalah hati memberontak nak cari kerja lain. Nak² pula kawan² yang kerja Petronas dah mampu beli kereta Wira (famous Wira masa tu), rasa tercabar juga. Ummi ni kadang gaji pun tertunggak 😅

Tapi ada je yang seronok kerja di NGO ni. Bosses jenis yang tak berkira; bab makan, bab duit memang pemurah. Suasana kerja pun macam keluarga je. Banyak kenangan manis kami masa kerja sini. Cuma, masa tu muda; cita² tinggi, kurang sabar serta tak matang, ada serba sikit isu, letak jawatan. 

Lepas Ummi berhenti kerja tu, Ummi memang lost contact dengan Kak Nod ni. Sekali sekala dengar khabar juga dari our mutual friends. Tapi tak pernah berjumpa, sementelah KN pun pindah rumah dan tempat kerja. Bertemu kembali pun dalam group tadarus 👆

Tahniah untuk KN sekeluarga, terima menantu sulong. Amin (pengantin lelaki, anak sulong KN) ni dulu masa kecik² selalu je kami jumpa. Dah besar dia, jadi suami orang dah 👍 Selamat Pengantin Baru Amin & Balqis, Acik doakan kalian bahagia selalu. 




4 comments:

  1. Ini kiranya terlupa pergi majlisnya ya

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak huhu ...
      Dah petang baru perasan bila ada kawan update dlm group tu 😅

      Delete