Saturday 21 September 2024

Aktiviti Cuti Sekolah

Sabtu - Isnin kami ke Perak; makan kenduri dan jalan². Cerita Perak ni tak habis lagi, sambung nanti. Banyak episod lagi 😁

Selasa Angah start kelas intensif hafazan di Masjid Al Khairiyyah. Ikutkan Isnin dah mula, tapi Ummi bagitau Ustazah utk start Selasa sebab kami masih di luar kawasan. 

Kelas hafazan 8.00 pg - 12.00 t/hari. 
Kelmarin ada seorang jemaah tanya Angah buat apa kat masjid? Sekolah mana semua... Angah bgtau ada kelas hafazan. Pakcik tu sedekah RM50, suruh Angah kongsi dgn kawan² lain. Duit tu Angah serah kpd Ustazah dan Ustazah belikan nasi lemak ayam untuk depa semua. Semoga bertambah luas rezeki Pakcik tu, sihat selalu hendaknya 🤲 

Petang cikgu math buat kelas tambahan. Rajin cikgu dia... 

Semalam pergi main futsal dengan kawan² SRAI dia. Adalah 7-8 orang yang datang :) 

Abang Selasa juga rasanya mengadap Tr Aisyah :D Ummi suruh di go through soalan PPT hari tu dengan Tr, biar dia nampak mana salahnya. 

Semalam Mak Afiq arranged small tuition class subject Bio untuk Afiq. Ajak sekali Abang & Aufa. Terima kasih banyak Mama Afiq🌹

Walaupun Ummi tak regi depa untuk mana² seminar tapi ada jugalah pengisian untuk depa dua khususnya. Most of the time, masa yang ada tu depa siapkan homework yang berlambak² ye, dan tahriri (salin ayat Al Quran sebelum/selepas hafal). Main hand phone ada masa dan tempoh Ummi bagi sebab kalau dibiar satu kerja pun tak jadi nanti. Esok nak balik asrama baru kalut, itu ini tak siap 😬

Adik Kakak pula siapkan homework dan tugasan cikgu bagi. Tuition UPKK Kakak takde minggu cuti sekolah ni. 

2 comments:

  1. Betul .. kalau dibiarkan main telefon ..memang ralit laa diorang

    ReplyDelete
  2. Kesian budak2 sekarang.
    Tak sempat main sungai.
    Cuti sekolah pun macam tak cuti

    ReplyDelete