Saturday 30 December 2023

Cuti Sekolah Day 11 ~ Kembali ke Sarang

Selepas 5H4M balik kampung, tiba masa kembali ke sarang :D


Jadi, pagi tu Maklong jemput breakfast di rumah dia pula. Begitulah setiap kali Geng Gombak balik kampung, bergilir² ambil turn buat makan-makan, alhamdulillah terima kasih Geng Jitra ❤️

Maklong masak nasi lemak, goreng ikan keli dan goreng mi segera. Tok Umi pula bawa Rendang Ayam Kampung untuk regu dengan nasi lemak. 

Tok Kodiang buat ketupat palas & bihun sup. Maksu masak rendang dan Kak Una buat cheesekut. Makngah bawak perut 😆

Sebelum berpisah, sesi tapau menapau dulu. Bekalan ni lah jadi lunch kami. Tak singgah makan dah, cuma berhenti solat & ke tandas saja sepanjang perjalanan 8 jam balik ke Gombak tempohari.

Alhamdulillah perjalanan balik lancar walaupun banyak kenderaan. Kenderaan banyak tapi moving takpe, janganlah 'sangkut' tak bergerak, itu yang bosan. Oh ya, balik 26.12 (Selasa) dapatlah tol percuma. Dari Jitra nun dapatlah jimat dekat RM50 alhamdulillah. Sabtu 23.12 masa balik ke Baling tu pun tol percuma, jimat RM3.50, sebab kami dari Jelapang ke Kuala Kangsar je. 

Sampai di rumah terus masuk dapur tanak nasi haha...  Lapar satu hal, tak sabar nak rasa ikan pekasam member Ummi jual pun iye juga...

Walaupun dijamu macam-macam tatkala di kampung, menu simple gini tetap menjadi pujaan hatiku 😁




5 comments:

  1. Alhamdulilah murah rezeki <3

    ReplyDelete
  2. Ikan pekasam tu paling win makan dengan nasi panas 🤤

    ReplyDelete
  3. Bestnya balik kampung berkumpul ramai2. Uish, sedapnya ikan pekasam 🤤

    ReplyDelete
  4. Bihun sup utara tu.....sedapnya....alhamdulilah....rezeki untuk dikongsi.

    ReplyDelete