Sunday 10 December 2023

Weekend 9/12

Banyak aktiviti Sabtu ni ...

Walid ke Pusrawi untuk follow up. Alhamdulillah semuanya bertambah baik 🤲

Ummi pulak bawa anak³ keluar...

Dropped off Angah di futsal court, dia nak main futsal dengan kawan-kawan dia. Ada abang Baim temankan jadi taklah Ummi risau sangat. 

Sementara tu, Ummi bawa gegirls ke Mr DIY, nak beli barang untuk perbarisan hari sukan pulak... Macam² program hujung² tahun ni 😇 

Ummi pun belilah something untuk diri sendiri, rasa nak deko-deko rumah pulak :) 

Lepas Mr DIY, ke Ameena Bee dan Canggih pula. Mujurlah anak³ semua rumah biru, senang cari setempat je. Alhamdulillah semua barang yang cikgu suruh sediakan ada belaka. Syukur kami beli awal, hari ni ramai bagitau spek putih banyak dah habis stok di kebanyakan kedai Mr DIY 🤭 

Dapat apa yang dicari, balik ke rumah sambung masak :D Masa keluar tadi ayam belum defrost jadi tinggal dulu. Balik tu baru menumis, buat kari. Elok azan Zohor, elok Kari Ayam Ummi masak. 

Hari ni tak melawat Abang, kelas tuition Math bersama tutor dari UiTM Seremban dah mula hari ni. 

Dah assigned group & tutor. 

Malam pula Abang ada briefing Ujian Kenaikan Bengkong Silat. Yang ni kena bayar RM60, bagi yang nak ambil ujian. 

Mudah-mudahan Abang berjaya ye 🤲



 

16 comments:

  1. kalau sy bila byk aktiviti di weekend rasa x puas pulak nk santai² di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, nak tak nak kena keluar juga cari barang...

      Delete
  2. Aktiviti seharian sibuk juga.. Demi anak2 ke sana sini hihii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak siapkan barangnya, hati kita juga tak senang :D

      Delete
  3. Makin hujung tahun makin sibuk agaknya sebab takwim dah berubah lepas pkp kan. Mgkin 2025 baru normal semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SK, Jumaat ni dah start cuti sekolah... Macam² la yg nak dibuat

      Delete
  4. Masa anak2 sekolah hari tu memang mcm tak cukup tangan, macam2 aktiviti tp seronok. Padat masa. Sekarang sunyi je tinggal berdua.

    ReplyDelete
  5. insyallah aminnn,,,moga abang berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  6. itu lah kan..rasa macam tak cukup pula weekend 2hari je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Jumaat ni last sekolah dah, walaupun belum habis sesi hehe...

      Delete
  7. Beza pengisian sekolah berasrama dgn sekolah biasa ni.
    Kyra masa diasrama dulu kata harinya mmg full…tp bila skrg tak duduk asrama ni dia banyak free and easy. Risau juga kalau dia tak fokus

    ReplyDelete
  8. Hamboiiii ummi.. apa yang didekonya tu. Cantik tulip tu.
    Macam2 gaya budak2 sekarang bila perbarisan. Mujur MrDiy ada harga yang mampu milik.

    ReplyDelete
  9. Moga yang terbaik buat abang....

    ReplyDelete
  10. Anak2 belum libur kak? Dah libur kalo di sini. Sekarang mereka nak minta liburan akhir tahun, walo hanya staycation pun tak apa katanya 😂. Masalahnya, papi mereka tak bisa cuti kalo akhir tahun, makin sibuk Krn nak tutup tahun kan 😄

    ReplyDelete