Tuesday 12 December 2023

Rendang Kerang

Balik dari wedding Hazim terus ke asrama. Hujan lebat jadi bersembang dengan Abang dalam kereta je. Nak turun kereta confirm kuyup 😆 Adik³ dia pun ada yang tidur. Sebab tak dapat belanja Abang, bagilah duit extra suruh Abang beli apa yang teringin dekat kantin tu. Hujan² mesti lapar kan...

Sampai rumah nap sekejap sebelum Asar. Bangun pukul 5 gitu tetiba jadi rajin pulak 🤭

Klentang klentung terhasillah rendang kerang... Sengaja Ummi buat berkuah sikit sebab anak² suka makan berkuah. 

Isi kerang segar ni Ummi beli di Pasar Nelayan Pantai Puteri tempohari. Lupa dah akan kewujudannya pun adoiiii... Pagi sebelum bertolak ke N9 tu selongkar freezer nampak isi kerang ni. Terus Ummi letak dekat chiller. Asalnya nak buat lauk untuk nasi lemak Isnin (anak³ cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor) tapi lepas ambil semangkuk untuk dinner malam tadi, bertambah² pulak lepas semangkuk, cedok semangkuk lagi. Tup² tinggal sikit je, tak padan nak regu dengan nasi lemak pun. Tak sangka anak³ suka rendang kerang ni. Nanti boleh beli kerang dan buat rendang lagi. 

Regu dengan cencaru goreng, asam pedas pari pojen dan timun. 

Alhamdulillah kenyang 🤲

13 comments:

  1. Sedapnya rendang kerang.
    Susah nak jumpa kerang di LD.
    Balik kampung nanti nak makan kerang. Tapi kerang pun harga kayangan sudah sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan rendang kerang. Dulu² masa kecik, nenek beli kerang sampai 5kg nak buat rendang. Sampai kembang² jari nak mengopek kerang tu 😂. Kenangan dulu².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Sekarang byk yang dah dikopek kan...senang la sikit kerja :)

      Delete
  3. Ya Allah malam2 Gini tengok lauk mengancam. Dan dan lapo..tadi Makan megi je.suami ajak kuar da malass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PH suami ajak keluar confirm tak tolak haha...

      Delete
  4. Rajinnya masak. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari tu at least sekali tu masak juga NA ... Macam tak puas pulak tak masak haha

      Delete
  5. Suka juga makan kerang. Banyak juga lauk PH ni....

    ReplyDelete
  6. Anak2 ammi pun suka rendang kerang termasuklah ammi. Itu jelah juadah kerang yg ammi boleh terima. Kalau sambal kerang, kerang rebus semua tak boleh masuk

    ReplyDelete
  7. Alamak...rendnag kerang plak...fav SA ni..satu lagi rendang kupang..ermmm...dapnyaaa

    ReplyDelete
  8. Kalo di medan, biasanya kerang dimasak sate. Bumbunya saya sukaaa Krn rempah kuat. Tapi tak semua penjual sedap buat sate kerang. Kalo tak pintar masaknya, malah tercium bau amis.

    Belum pernah liat kalo rendang kerang nih kak. Jadi bumbunya sama saja kayak rendang tapi pakai kerang yaa?

    ReplyDelete