Wednesday 27 December 2023

Cuti Sekolah Day 7 ~ Hitting the Road Again

Selasa sampai rumah dari Penang, Jumaat angkut bagasi lagi. Maaf ye, tak sempat nak ziarah kawan² maya beberapa hari kebelakangan ni ☺️

Awal² dia dah psycho Ummi 😂 
Hari² tidoq atas luggage bag, dengan harapan Ummi bawak dia balik kampung :D 

Destinasi kami ialah Meru, Ipoh. Sejak dah 40-an ni tak larat nak drive malam² hingga ke kampung. Sejenis yang tidur awal, jadi mata tak tahan kalau dah masuk pukul 10 lebih. Jadi, eloklah kita overnight dulu di Ipoh. Lagipun Walid kerja ½ day, perlukan rehat yang cukup untuk drive ke destinasi seterusnya esok hari

Bertolak dari Gombak sekitar jam 3.15 ptg, sampai di Meru, Ipoh sekitar jam 8.30 mlm. 5 jam baru sampai, trafik sesak teruk Jumaat tu. Dari Tol Jalan Duta nak ke R&R Rawang pun hampir sejam...

Bawa bekal jagung rebus, cucur bawang & kepok lekor. .

Depa 2 ni wajib bawak :p

Ajak juga Makcik & the gang jumpa di Ipoh  tapi Makcik gi bercuti di oversea. Hebat 😆
Sampai di Meru, cari makan dulu. Kami pilih Restoran Edy, belakang PETRONAS Meru. 

Alhamdulillah, makanan semua sedap. Service pun cepat, good job 👍 Total cost makan malam ni RM74.60. 

Now depa rajin order Milo tabur (bukan Milo Kakak kata, rasa lain. Mungkin depa pakai serbuk coklat jenama lain). Sebelum ni depa selalu order sejenis air tu, tapi  Ummi Walid dah ban sebab banyak pewarna & perisa tambahan. 

Then kami checked in di T Hotel. Pernah beberapa kali dah check in di sini, jadi takdelah teruja sangat nak stay sini ditambah dengan fasiliti yang nampaknya dah kurang terjaga. Tapi, kelebihannya bilik besar dan harganya sangat berpatutan (RM106 + RM 6 for tax utk family room). Location wise pun sangat strategik. 

Apapun alhamdulillah dapat berehat secukupnya, itu yang penting. 

9 comments:

  1. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah. Take care!

    ReplyDelete
  2. Nasib JB dekat, 3 jam aje dari Seremban, tapi kalau nak ke utara nanti rasanya SA pun buat macam PH...kena stay di pertengahan, kesian yang memandu kan

    ReplyDelete
  3. Hehe kucing itu siapa jaga?
    Yalah penat jalan jauh.

    ReplyDelete
  4. Kesian anak bulus kena tinggal jer yek. Takpelah, tuan cari wang kerja utk kamu juga, hihi.

    ReplyDelete
  5. Musim cuti sudah tiba byk yg kena tempias termasu si bulus tu huhu

    ReplyDelete
  6. bestnya balik kampung.. suka pegi meru sebab tenang je situ. xpenah lagi ke Restoran Edy tu boleh la cuba nnti

    ReplyDelete
  7. Kami Jumaat dah meredah Pasar Kemboja...Tapi jalan pekan kecik pun memang jem sepanjang 2 minggu ni

    ReplyDelete
  8. Olooh oloooh, comelnya si bulus 😍😍. Merajuk pula dia tak diajak yaa 😅. Siapa yg jaga dia jadinya kak ☺️?

    ReplyDelete