Wednesday 13 December 2023

Taklimat Kemasukan F1

Isnin 11/12 sekolah cuti, sempena Keputeraan Sultan Selangor. Tapi parents T6 ada program; 

Taklimat secara atas talian. Biasalah bila online ni kadang tu berlaku juga masalah teknikal. Nak buat macamana, benda luar jangka. Sekurang-kurangnya bila join sesi taklimat ni dapat juga info. Selebihnya jika ada kemusykilan, boleh tanya Cikgu secara personal. Mak ayah anak sulong ni biasanya masih belum faham prosesnya, macam Ummi dulu. Tambahan pula sekarang ada sekolah feeder, ada kena mohon thru sekolah, ada kena mohon sendiri... 

Semalam tu taklimat lebih kepada cara mengisi borang permohonan sekolah² di bawah JAIS; SAM, MITS... 

Nak minta SAMBEST, MITS Sabak lain pula... Semua ni nak minimum TP5. Mak² yang anak dah lepas sekolah rendah atau yang anak belum masuk sekolah mesti pening kan dengan hal² sekolah sekarang ni 😆 Macam² sekarang ni... Dengar² 2027 kot KPM nak tukar kurikulum sekolah. Kita tengoklah nanti... 

Carta Perbatuan, term baru bagi Ummi 🤭 

Permohonan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023. Dianjakkan mungkin kerana keputusan PSRA akan dikeluarkan 14/12 (Khamis) ni, ada lebih masa untuk pelajar memohon. 

Doakan Angah beroleh mumtaz ye 🤲

Permohonan sekolah² JAIS ni kami baru isi sikit; pending PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah), result PSRA, PBD terkini dan few documents lagi. Selagi tak lengkap semua ni, tak boleh submit form. Sijil pun cikgu kelas baru minta, begitu juga buku IHAB. Banyak perkara perlu dilunaskan, tapi inilah antara usaha kita untuk dapatkan penempatan sekolah menengah yang terbaik untuk anak... Menurut Bunda :p 



12 comments:

  1. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya urusan ibu bapa , guru dan anak-anak.. aamiin

    ReplyDelete
  2. Carta Perbatuan? Apa benda tu?
    Ammi ada 3 tahun lagi utk kembali isi macam2 permohonan.

    ReplyDelete
  3. sekolah Pia lagi la semua parents kena pandai2 sendiri,makayah nak kena snts alert kalau tak ada je yang terlepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian pada yg tak sampai info tu... Kadang mak ayah pun tak sempat nak kejar, byk sangat yg perlu diambil tahu, diambil tindakan dsbnya...

      Delete
  4. parent kena alert la mcm ni kan..kalau tak terlepas peluang nanti...SA dah pernah rasa sebelum ni..cuma untuk tahun ni macam sangat- sanagt strict..

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudah kan semua urusan. Sekarang online memang kena update selalu.

    ReplyDelete
  6. Semoga dpermudahkan urusannya... Ank linda bru nk UPKK, tp x taw lah nk habaq gu mana

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudah ya kak 😊. Di sinipun serba online, tapi untungnya masih tak complicated. Hanya sajaaaa, syaratnya kadang tak masuk akal 😔. Sekolah private pula lebih mahal sangat. Ntah kenapa saya merasa sekolah di sini, yg private trutama, seperti lebih ke bisnis, mengingat fee nya terkadang sampai puluhan juta.

    ReplyDelete