Tuesday, 19 December 2023

Cuti Sekolah Day 4 ~ Makan 'Jem' 🀭


Terima kasih tuan rumah.

Isnin Walid kerja πŸ‘† Selasa traveling day. Pukul 10 baru kami gerak balik KL. Sempatlah dobi baju dulu. Sementara tunggu baju siap tu kita lepak² ...

Makbul dulu, baru kamu :D

Jalan² sampai ke Abbey Road 😎

Selesai semua, marilah kita pulang ke sarang...

Jika waktu ke Penang sesak di R&R sebab tandas sedang dinaiktaraf, waktu balik pula jalan diselenggara. Setiap kali tu adalah satu lorong ditutup. Dengan kenderaan yang banyak, makanya trafik jadi perlahan. Paling lama kami sangkut atas highway ialah dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung. 

Bila dah banyak 'makan jem', mulalah perangai gila² muncul πŸ˜† 

Ada yang faham bahasa F ni? 



Nasi Ayam dekat Famous Zul Mee Kari ni sedap,  RM7/sepinggan. Puashati dengan rasa dan porsinya, mengenyangkan. 

Akhirnya selepas 7 jam Seberang Jaya - Gombak, sampailah ke Gombak. Singgah kejap KLTS ambil pokok skybird dari Mama Iffah. 

Sold to Ummi la tu... MI let go RM35 je. Pokok hiasan skybird ni dah lama off season tapi Ummi berkenan, beli la walaupun second hand ☺️

Alhamdulillah syukur semuanya atas izin Allah. 


Penutup bicara; 



10 comments:

  1. skybird ni mahal dulu2 memang kenan sangat tapi memikirkan xsesuai letak kat umah kita asyik tangguh je nak beli last nya smpi skrg xterbeli haha

    ReplyDelete
  2. Dulu SA hafal bahasa F, sekarang terkial2...hahahah...

    ReplyDelete
  3. adoi...stress nya jem...kalau Linda dah ajak suami lari ikot jalan dalam...berenti traffic light takpe..dr berenti jem atas hgway...kurang sabar ai nie...hahaha

    ReplyDelete
  4. Time cuti sekolah ni la nak buat penyelenggaraan jalan raya, nak naik taraf tandas πŸ˜… planning dekat negara kita ni masih lagi kelaut huhu...

    ReplyDelete
  5. Kenapa la selenggara jalan waktu public holiday, siap tutup satu lorong pulak tu. Pak Inche ajak jjcm ke utara kita malas nak layan sbb tak nak jjmk (jalan² makan jem 🀣)

    ReplyDelete
  6. Bahasa F tu legend ya, dulu sekolah menegah mengumpat dengan kawan guna bahasa tu

    ReplyDelete
  7. Cuti sekolah terus auto jem satu Malaysia, campur pulak maintenance dll. Skybird dulu memang mahal kan.

    ReplyDelete
  8. Sekarang hiway tu asal weekend je pasti jem, kadang tempat yang tak pernah jem tetiba jem. Arghhhh... sakit kaki dok lama-lama dalam kereta.
    Zaman Skybird tu akak beli Monstera dan Fig je.
    Rasa sekarang dah murah sketlah kot harga dia.

    ReplyDelete
  9. ammi pun kononnya nak cakap indoor fake plant ni...tp tengok harga semuanya mahal. beratus2.

    dari kecik sampai ke besar (malas nak cakap berusia) ahakss...ammi tak reti berbahasa F. Rasa lambatnya nak siap satu ayat sebabsambil bercakap kene fikir

    ReplyDelete
  10. Itu je lah yg x best jalan2 ms cuti aekolah.. byk di jalan je kalau timing x cun

    ReplyDelete