Monday 23 October 2023

Nasi Lemak Bunga Telang

Seminggu sekali tu kalau boleh nak juga jenguk Abang di asrama. Lepak², borak², makan² dengan dia... 

Untuk edisi kelmarin, Ummi masak Nasi Lemak Daun Telang, brunch dengan Abang. 

Masih tak cukup biru nasi Ummi 😅

Ayam Goreng Tepung Bestari, Telur Rebus, Sambal Tumis, Timun & Sotong Berlada. 

Sotong ni ada telur, itu yang Ummi masak seekor² dan rebus dulu supaya telurnya masak dan tak terkeluar dari badannya dan supaya sotong tak jadi liat bila dimasak. 

Sayangnya, Adik tak nak makan sotong gini. Pelik katanya sebab selalu Adik makan yang bulat-bulat (sotong yg dipotong) 😂

Rezeki Ummi la Adik ooi, dapat makan sotong lebih :D 

15 comments:

  1. cantik kaler nasi lemak
    lain dari yg biasa

    ReplyDelete
  2. Menarik hati betul. Dengan nasi lemak warna soft2 macam ni.. Saya suka betul. Cthnya warna purple bunga telang, warna hijau. Rs menarik hati untuk makan ns lemak tu

    ReplyDelete
  3. Heheheh.. sama macam Iman dan Pak Inche, mereka tak gemar sotong sekor², Sk pulak suka sekor².

    Meriah masakan PH melawat abang kat asrama. Tentu abang seronok.

    ReplyDelete
  4. Okay la tu.. takyah biru sangat. macam taruk nila nanti.

    ReplyDelete
  5. tak biru sangat mcm tu pon nampak sedappppp hehehe

    ReplyDelete
  6. Ui...rugi adik tak makan sotong muncit ada tolo tu...sodap dik oiii....

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sotong. Hehe kalau tak nak aunty je la yg makan...haha....unik betul nasi lemak bunga telang sebab saya pernah masak yang nasi lemak pandan. Warna pandan yang asli ni soft juga.

    ReplyDelete
  8. satu teknik baharu yang boleh saya cuba untuk masak sotong...terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  9. Tertarik dengan masakan sotong tu. Later nak try lah. Tq kongsi resepi PH.

    ReplyDelete
  10. Kalau kale biru sangat, dah jadi nasi kerabu pula

    ReplyDelete
  11. Baru tahu sorong direbus dahulu, maklumlah kita ni tahu mkn saje hihi ~~
    Memang nampak sedap lah masak sortong ni.. terus rasa lapar, nk mkn nasi pulak..!

    ReplyDelete
  12. hidangan yang menyelerakan. ok je biru tu, nama ori

    ReplyDelete
  13. gemok sotong tu rupanya ada telur...yela bdk kn kalo lain dr kebiasaan tkmo plak die mkn kn

    ReplyDelete
  14. Eh..eh..adik boleh gang kakak dania la..x suka sotong masak bulat2..dia geli nak makan...sabar aje la

    ReplyDelete
  15. Sedapnya lauk-pauk nasi lemak bunga telang.

    ReplyDelete