Friday 20 October 2023

Bihun Goreng ala Shahila Amzah

Ummi memang peminat tegar bihun goreng. Walaupun kita dah tahu cara menggoreng bihun tapi bila ada resepi baru teringin juga nak mencuba. Macam Bihun Goreng ala Shahila Amzah (Sha) ni Ummi nampak Kak Azie Kitchen share resepi. Teringin pula nak tahu rasanya sebab lain cara Sha masak. 

Apa yang lain tu? 

1. Bihun yang kita dah rendam hingga lembut tu, kita toskan macam biasa. Yang tak biasanya (bagi Ummi), bihun tu digaul bersama kicap (Ummi guna kicap lemak manis), minyak bijan dan lada sulah. Ketepikan. 

2. Kisar pula bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi. Ummi tak pernah masak bihun goreng letak cili padi ✌️

Yang lain² sama je bagi Ummi..
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan fish balls dan goreng hingga fish balls masak. Ummi tambah ayam dan fish cakes
3. Masukkan bihun yang digaul bersama kicap, minyak bijan dan lada sulah tadi. Kacau raya
4. Masukkan sayur -sayuran. Jika guna tauge, masukkan last sekali, lepas tu tutup api. 
5. Perisakan dgn garam dan kiub ayam, jika perlu. Tutup api. Siap! 

Untuk resepi penuh, sila ke blog Azie Kitchen. Terima kasih atas perkongsiannya Kak Azie. 

Ini hasil bihun goreng Ummi. Yang gelap sikit tu kerak² dia, ambil jugalah kan...tak baik membazir :p 

Rasanya sedap, dan aromanya wangi dari minyak bijan tu kan... Cumanya termasin sebab kicap + kiub ayam. Mungkin pilih salah satu antara garam dan kiub ayam tu lebih baik. Ummi puasa jadi malaslah nak rasa², just agak² je garam dan kiub ayam tu pun dalam ¼ je letak pun. Itu yang termasin sikit, esp bagi Ummi yang tak 'kuat masin'. 

Lagi satu, bihun tu agak keras sebab ikut nota Kak Azie, dilarang letak air. Ummi lurus ye 😁 Biasanya Ummi bila rendam bihun dgn air biasa, masa masak tu tambah juga air panas bagi bihun lebih lembut. 

Jadinya, bila Ummi panaskan semula bihun tu pagi ni, Ummi tambah sikit air panas. Alhamdulillah hasilnya lebih sedap dengan citarasa Ummi. Bihun lebih lembut jadi tak perlu guna gigi taring 😂 (semalam review jenis gigi dengan Angah, Sains Darjah 3 dia kata :D)

Masin pun berkuranglah bila dah tambah air tu kan... 


Definitely will use this recipe next time. Senang juga tak payah nak tumis cili kisar, which is lagi cepat dan tak payah guna sos bagai... Jimat! 

Ditemani secawan kopi, ngam! 
Sambil tu Ummi ikut usrah maya, alhamdulillah a Friday morning well spent. 


Selamat mencuba 🤗




13 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Hazel.. sedapnya bihun goreng... Feveret saya juga ni.. BTW saya sudah follow blog Puan Hazel.. Jangan lupa singgah blog saya nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih singgah sini. Maaf lambat reply, komen tuan masuk spam 🤭

      Delete
  2. Wah...nampak cantik kejadiannya la...x yah susah payah gaul dalam kauli mana nak letak kicapa apa bagai bagi sekata kan..SA nak buat nanti la PH...cuma masalah SA..x tau bihun yg mana bagus dan hasilnya cantik macam ni x putus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH guna bihun Hilal, produk Bumiputera. Bihun sufi pun okay.
      Dulu suka 3 Teratai tapi dah x de kat sini...produk dari pantai timur yg ni...

      Delete
  3. Ammi penah juga goreng mihun letak cili padi sbb suami dan pedas berpisah tiada. Itupun kalau tiba angin rajin nak buat 2 versions. Tp ammi tak pernah lagi goreng mee or mihun pakai sos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik gak cara Ammi, nanti share la resepinya. PH selalu letak sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau goreng bihun, mee...

      Delete
  4. saya pun peminat meehoon. nampak sedap

    ReplyDelete
  5. Simple je bahan2, takde pakai sos dan cili kisar ye.

    ReplyDelete
  6. bihun jrg sgt goreng...slalunya mee goreng or kuehtiaw...tp sesekali dpt goreng bihun yummmyyyy

    ReplyDelete
  7. Lama jugak tak gorwng bihun ni...macam dah mula rindu bihun goreng ..hihihi

    ReplyDelete
  8. Oh saya selalunya bihun yg sudah direbus/rendam air, di toskan lalu langsung di-mix dengan kecap, saus tiram, Bijan dan bumbu kak. Waktu itu ikut resep utk membuat japchae Korea. Barulah tumiskan dengan yg lain. Memang lebih gampang buat saya, dan lebih merata kecapnya 😁. Kalo dikasih kecap dan bumbu dalam kuali, saya tak bisa rata 🤣🤣.

    ReplyDelete
  9. saya pun suka bihun berbanding mi kuning. Samalah anak anak kita. semua perkara akan dikaitkan dengan subjek yang tengah belajar. gigilah, ketumpatanlah, haiwan bertelur dan beranak lah

    ReplyDelete