Saturday 28 October 2023

Cara Panjangkan Hayat Daun Kari

Jumpa cara nak Panjangkan Hayat Daun Kari dan kawan-kawannya; daun limau purut, daun kesum... tak ingat baca dekat mana tapi mudah je caranya.

1. Basuh bersih dan lurut daun kari (daun limau purut dsbnya) dan toskan. Basuh siap² supaya boleh terus digunakan bila perlu. 

2. Ambil tisu dapur dan lap dedaunan tersebut hingga kering. 

3. Jemur di bawah terik matahari hingga kering ataupun masukkan ke dalam air fryer selama 5 minit, suhu 160-170°C. 

Hasilnya! 

4. Simpan dalam bekas bertutup. Boleh letak dalam peti ais ataupun freezer. 

Teknik n dikaii dapat memanjangkan hayat daun kari anda, selain teknik sejukbeku. Cumanya, teknik ni mampu mengekalkan warna dan aroma daun kari. Kalau sejukbeku tu daunnya jadi kehitaman dan baunya terjejas. Kalau daun limau purut okay, warna dan aromanya kekal walaupun berbulan disejukbekukan. Tapi, kali ni Ummi keringkan sekali daun limau purut. 

Tip tambahan: Supaya daun² kari kita tak melompat² dlm AF tu, letak sudu sebagai pemberat alas basket ni. Kalau tak, dengan alas ni sekali terlingkup dalam AF tu ๐Ÿ˜†

Aroma daun kari ni masih kekal, walaupun tidak sekuat bau daun kari segar. 

Cubalah try :p 

6 comments:

  1. good sharing. baru tau petua ni, tapi tu lah kat rmh ada pokok kari, bebila boleh ambik ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. aroma daun akri & limau purut tu semerbak....tk suka bila daun kari dh bertukar warna gelap hehe

    ReplyDelete
  3. PH kalau nak daun kari bagi tau awal..boleh je SA bawakkan dan kirim melalui En Hazel..hehehhe...bagi tahu Ahad ke boleh SA bawakkan hari Isnin..

    ReplyDelete
  4. Bagus teknik ni. Dulu masa belum ada pokok sendiri bila petik kat rumah mak banyak2 sampai kering dalam peti ais.

    ReplyDelete
  5. Bagus tips ni.. Biasanya kalau beli kat kedai nk guna sedikit tapi ada lebihan.. biasa simpan dalam sejukbeku.. last buang mcm tu.. rugi kan.. tapi kalau ada pokok sendiri depan rumah tak perlu nk keringkan dah.. petik jer bila nk guna & masak.. Betul tak Puan Hazel?

    ReplyDelete
  6. Saya pulak ambik jalan pintas - masuk dalam bekas terus simpan dalam freezer ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete