Monday 2 October 2023

Masak Lemak Pucuk Chaya @ Ajinomoto

Kenal daun ni melalui posting Mak Cella. Sejak tu teringin juga nak 'berkenalan' dengan pokok ni :D

Dah namanya rezeki kita kan, akhirnya bertemu jua. Macam cerita jodoh la pulak haha... 

Ummi perasan ada pokok macam pokok Chaya @ Ajinomoto ni di kebun depan rumah Cik Azie. Sebelum ni takde... Pagi tadi Lepas ambil serai di perdunya, Ummi sesaje tegur Cik Azie... betullah sangkaan Ummi, itu memang pokok Chaya @ Ajinomoto. Anak menantu beliau yang bawa balik benihnya. Sambil bersembang tu, sambil tangan Cik Azie petik pucuknya untuk Ummi ☺️

Katanya sedap dibuat masak lemak... 

Memang sedap... daun tu lemak-lemak rasanya. Kalau pucuk ubi atau pucuk betik tu rasa pahit-pahit kan... Sebelum masak tu Ummi jerang air hingga mendidih, kemudian masukkan pucuk ni. Bila daun dah lembut tutup api. Toskan dan buatlah masak lemak macam biasa. Rencahnya Ummi tambah ikan bilis. 

Sebelum Maghrib, Cik Leha pula bagi sepinggan cempedak goreng. 

Alhamdulillah, mewah rezeki semalam šŸ¤²

10 comments:

  1. Mati- mati SA ingat pucuk betik, kenapa nama dia ajinomoto?

    ReplyDelete
  2. sedapnya cempedak tu...musim cempedak kalini tk mkn lg

    ReplyDelete
  3. Nampak macam daun betik ye. Ada rasa mcm ajinamoto tak? šŸ¤­

    ReplyDelete
  4. cempedak goreng pun sekarang dh mahal., huhu

    ReplyDelete
  5. Sedap ni masak lemak pucuk ubi.
    Pokok ni kat rumah mak banyak sampai tak terlarat nak petik huhu

    ReplyDelete
  6. ada terbaca jugak hari tu. memang kalau x ckp ingat daun betik jugak la kan

    ReplyDelete
  7. Wah...
    Alhamdulillah PH dah dapat rasa pucuk chaya...sedap kan..
    Jom kita tanam pulak..

    ReplyDelete
  8. Macam daun betik pulak ya. Tak pernah makan lagi pucuk ni.

    ReplyDelete
  9. Oh jadi ini beda dengan daun pepaya (atau Kates orang sini sebutnya) ya kak? Soalnya bentuk agak mirip. Saya suka daun pepaya, tapi biasa hanya dibuat lalapan (rebus saja) lalu dimakan pakai sambal belacan. Tapi kalo daun chaya @ajinomoto blm coba.

    Kenapa pakai kata Ajinomoto ?šŸ˜…

    ReplyDelete