Wednesday 22 March 2023

Ramadhan Kareem!

23.03.2023 | Khamis
Cantik tarikh permulaan puasa kita tahun ni :) 

Kali ni Ummi sambut puasa dengan sedikit ujian kesihatan. Batuk kuat dan sakit tekak. Batuk khoh khoh kata orang kampung Ummi. Sekali batuk tu susah nak berhenti. Terasa berlendir di tekak:( Yang tekak pula, terasa sakit bila menelan, hatta air pun. Sentuh-sentuh sekitar leher tu terasalah ada 'telur cicak' (kelenjar bengkak) haha .. Selalunya bila batuk hilang, 'telur cicak' ni pun hilang or vice versa. 

Tapi, ujian kecil saja Allah bagi Ummi. Ada kawan sekolah Ummi rupanya tahun ni kali kedua berpuasa  sebagai pesakit buah pinggang, yang perlu melakukan dialysis. Allahu Akbar! Kami baru tahu semalam. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya 🤲

Dah jadi tradisi sejak kecil, tonton pengumuman puasa/raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja². Kalau tak, rasa tak complete sambut puasa/raya haha ... Lepas tu, mesti tengok baju Tan Sri warna apa :D 

Tqsm KJ aka Mak Itam. Rasmi sudah untuk terawih malam tadi 😁

Selamat berpuasa untuk semua. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik, mempermudahkan segala urusan kita dan memberi kelapangan untuk kita beramal sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya di bulan yang penuh barokah ini. 

Ramadhan Kareem!  


12 comments:

  1. Salam Ramadhan Kareem PH.. Syafakillah syifaan ajilan. Moga di beri kesembuhan, kekuatan untuk beramal ibadat, semoga semua amalan kita diterima olehNya. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Kareem PH..
    batuk khoh khoh tu senyum saya baca🤭
    Telur cicak pun😄
    Tang nak kena tgk pengumuman dari Penyimoan mohor besar tu pun kita sama la...malam tafi masa tengok Buletin Utama ada depa tulis saja tarikh puasa awal tu kan...saya tak puas hati..Nasib baik lepas tu depa siar pengumuman tu ..hihihi

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa PH&keluarga...moga cepat sembuh,seksanya kalau batuk tu rasa sakit habis badan

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan almubarak ., aminn

    ReplyDelete
  5. Kaler baju tu mmg dr dlu lagi org suka teka-teka kaler apa kan? pengumuman raya pun sama... anyway, semoga cpt baiklah batuk tu.. mmg kena ambil ubat batuk tu mst gatal sgt tekak... selamat berpuasa dan berbuka PH!!

    ReplyDelete
  6. Semoga Ummi cepat sembuh. Selamat berpuasa ye 😘

    ReplyDelete
  7. Setiap orang ada uhjian berbeza-beza.
    Eh saya tunggu semalam pengumuman tidak keluar-keluar. Terlewat tengok agaknya.

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan & selamat berpuasa...sama la kita batuk tp kt opis pn rmi juga batuk

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa PH.. semoga PH cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  10. Selamat berpuasa dan semoga segera sembuh batuknya tu. Seksa batuk kalau tengah puasa2 ni.

    ReplyDelete