Wednesday 8 March 2023

Kacang Pool

Baru tahu kacang pool rupanya berasal dari Mesir. 

Itu dari segi sejarahnyalah tapi bagi kebanyakan kita di Malaysia kacang pool ni sangat sinonim dengan negeri Johor Darul Takzim. Ummi belum pernah makan kacang pool di Johor. Tapi, semalam Walid beli kacang pool di sebuah restoran di Shah Alam. 

Satu set RM7. 

Tok Umi & Tok Ayah kata sedap tapi Ummi rasa biashe² je. Maksudnya tersiratnya nak ajak Walid turun Johor, pekena kacang pool di Muo ke, Batu Pahat ke...JB pun boleh :p

Apapun doa Ummi agar banjir cepat surut di JDT dan semuanya kembali normal. Sedih bila dapat tahu rumah En Din dan rumah Makcik di Kg Jawa turut terlibat. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan mereka. Hiba kenangkan nasib Makcik yang bedridden tu 😭 








10 comments:

  1. waduhh banjir teruk tahun ni., huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau ke JB, saya wajib singgah di kedai Kacang Pool Haji. Semangkuk tu tak cukup.

    ReplyDelete
  3. Tak sempat rasa kacang pool hari tu masa kat JB...next la kot...lepas ni kan akan selalu turun naik Johor....hehehe

    ReplyDelete
  4. Balik pontian nanti bolih pergi muo cari kacang Pol.. selama ni tk perasan pulak, mungkin kurang berjalan agaknya..hehe.~

    ReplyDelete
  5. Tidak tahu yang Mesir sama atau tidak dengan yang Johor.
    Harap ada pelangi untuk mangsa-mangsa banjir.

    ReplyDelete
  6. Ada nampak dijual di Pasar Tani officem Tou belum terbeli lagi. mungkin boleh cuba nanti..hihi..

    ReplyDelete
  7. X pernah rasa kacang pool ni. Semoga Allah swt permudahkan urusan mangsa2 banjir di JDT. Terima kasih PH dtg jenguk ibu. Rindu! ;)

    ReplyDelete
  8. Saya pun blm pernah try ori Johor.Dok makan kat KL ni tak boleh nak komen sebab tak tau rasa sebenar dia macamana..Tapi ada nampak kacang parang dalam tin yg katanya digunakan untuk olah kacang pool ni.Macam nak try tapi tak tau rasa yang betul macamana🀭

    ReplyDelete
  9. Dalam pengetahuan sy, resepi Kacang Pool ni dibawa pedagang Arab yg berdagang di Johor, itulah sejarahnya. Pedagang Arab juga yang memberi nama Johor kpd negeri Johor, tapi sebutannya Jauhar yang bermaksud permata. Kalau nak makan yg ori Johor, kena cari Kacang Pool Haji di Larkin, tapi kalau ori Arab, kena pergi sana la agaknya, hihi.

    ReplyDelete
  10. Tahun ni teruk banjir di JB.. semoga semuanya selamat. Kesian pada budak² nak start sekolah ni..

    ReplyDelete