Thursday 30 March 2023

Masjid Razaleigh, Gua Musang

Sambung coretan ke Pantai Timur bulan lepas, sempena majlis pertunangan Abg Aqim. 

Setelah melewati perjalanan yang panjang, kami sampai di Bandar Gua Musang. Usai lunch, kami terus menuju ke 
Masjid Razaleigh yang terkenal kerana binaan masjidnya diiilhamkan dari Masjidil Haram Mekah. 

Tentang replika Kaabah tu, Ummi baru tahu akan kewujudannya. Ingatkan binaan masjid sahaja yang menyerupai Masjidil Haram, tak sangka ada Kaabah juga. 

Ruang solat yang luas dan selesa. 

Canggih tabung masjidnya. 

Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Bila dah bergerak meninggalkan Gua Musang barulah Ummi teringat, Ummi nak ziarah masjid buluh sebenarnya! 

Ada rezeki lain kali nak singgah di masjid buluh pula. 


 


4 comments:

  1. Terbalik dengan saya ni, sempat ke Masjid Buluh tapi tak sempat lagi ke Masjid Razaleigh. Dua2 pun unik.

    Cantik karpet masjid. Yelah, canggih tabung masjidnya.

    ReplyDelete
  2. pemandangan belakang tu ke gua musang?saya belum pernah sampai kedua-dua masjid tu nampak orang share sangat unik dua2nya

    ReplyDelete
  3. Masyaa Allah cantiknya masjid...hebat-hebat masjid di Malaysia..Masjid Zahir @ Kedah pun merupakan antara masjid tercantik

    ReplyDelete
  4. Masya Allah.. Cantiknya.. Boleh jadi salah satu destinasi untuk dituju ini.. Moga ada rezeki untuk ke sini.. Aamiin..

    ReplyDelete