Monday 6 March 2023

Tq Rhes & Services



Alhamdulillah hampir semua tetamu memuji keenakan makanan yang disediakan oleh pihak catering. Selain berpuashati dengan rasa dan kualiti makanan yang disediakan, kami juga sangat berpuashati dengan layanan dan service yang diberikan oleh Rhes & Services, yang diketuai oleh En Rizal. 

Not only they made us impressed with their food, but the setting and presentation/plating semuanya Ummi boleh bagi 5 bintang! Semuanya beyond expectations alhamdulillah. Sebab tu ada yang cakap macam makan buffet di hotel ☺️ 

Majlis kami hanya majlis kecil, anggaran 250-300 orang tetamu tapi they made us a proud host. Thanks a million En Rizal! 

"Letak bunga puan, bagi nampak grand sikit" katanya
Definitely it made the whole setting look spectacular. 

Pilihan kuih yang diberi pun sedap dan menarik; tepung pelita, popia sira, dan 2 jenis karipan (inti kentang & inti sardin). Dapat lagi complimentary fruits, 2 trays tak silap. Tok Ayah pun kagum, setiap kali food nampak berkurang, cepat je depa top up. Ummi Walid memang tak sempat dah nak urus bab ni, sibuk layan tetamu. Syukur, depa cekap dan sentiasa alert. 

Sebagai tuan rumah, of course kita rasa seronok bila dapat caterer yang tak berkira dan passionate untuk buat yang terbaik. I was in event & training line so faham bab² pengurusan acara ni perlu ada passion baru kita boleh deliver. In fact apa² perkara pun kena ada passion baru boleh berjaya kan? 

Antara komen dari tetamu kami ☺️ Sampai hari ni masih ada yang dok puji nasi lemak dan sambal tu. Alhamdulillah. 

Selalu dapat job dengan KPJ juga nampaknya En Rizal ni. 

Awalnyar Ummi rasa macam mahal jugak harga per pax, tapi bila dapat service yang terbaik macam ni, berbaloi sangat dengan harga yang ditetapkan. Harga tu jangan hanya lihat pada yang tersurat (bilangan makanan, jenis makanan dsbnya)  tapi lihat lihat juga pada yang tersirat (mudah berurusan, ramah, cekap, positive vibes yang dibawa dsbnya). Penting sebenarnya dapat caterer yang bagus dan reliable & ada good PR demi kelancaran majlis dan keselesaan tetamu.  

Tempat basuh pinggan dan sampah ditutup dengan kain supaya tidak mengganggu pandangan tetamu. 

Tqvm En Rizal & team, sangat² berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. And of course kami tak ragu² untuk bagi recommendations 👍 

Thank you for lunch semalam too.

Ada rezeki kita bekerjasama lagi إنشاء الله 🤲

8 comments:

  1. Itulah tengok tersusun dan banyak makanannya.
    Saya suka nasi lemak ada halba. Memang makan akan betambah. Boleh bayang macam saya makan bersukat memang lupa diri..

    ReplyDelete
  2. Yang malu nak tambah nasi lemak tu mesti menyesal, hahaha. Memang nampak macam buffet hotel tu, PH.

    ReplyDelete
  3. smlm tgk post kenduri tu pun dah terdetik dlm hati grand majlis PH ni presentation tu cantik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Paling puas hati bila dapat katerer yang ohsem macam nie..

    ReplyDelete
  5. Betul PH...sangat puas hati kalau dapat caterer yang boleh serve baik dan x berkira..sygnya SA x dapat datang hari tu..insyallah next time ye PH...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...rezeki jugak tu dpt caterer yg baik, foods sedap mcm ni...
    Iyer..nampak cantik n teratur semuanya...

    ReplyDelete
  7. wahh.. beraneka kuih ada. food presentation pun nmpk menarik..

    ReplyDelete
  8. Tudiaaaa....rambang mata ni..
    Dah macam buffet ramadhan 🤭

    ReplyDelete