Saturday 25 March 2023

Perbelanjaan Sekolah Sesi 2023/24

Alhamdulillah majikan Walid bagi advanced bonus max up to 2k kepada kakitangan yang layak untuk persediaan sekolah anak-anak. Manakala Bantuan Awal Persekolahan (BAP) hanya Abang yang dah terima, awal tahun tempohari. Beli seluar sekolah sehelai dan tali pinggang , berbaki tak sampai 50 ringgit :( Anak soleh sorang ni pinggang dah makin kecil tapi kaki makin panjang! Senteng dah seluar lamanya. Satu lagi yang baru ialah songkok. 

Untuk anak³ di SRAI masih belum terima BAP sebab SRAI dalam kategori sekolah swasta. Khabarnya bulan ni lah akan dapat. 

Tahun ni perbelanjaan pakaian paling besar untuk Adik. 


Serba berdiri untuk dia RM65.60/sepasang (tak termasuk stoking dan kasut hitam yang sedia ada). Ummi beli 3 set. Ada satu set baju Kakak yang Ummi terlebih beli masa dia nak masuk darjah 1 dulu. Ikutkan semua baju Kakak dulu Ummi dah simpan dalam satu kotak. Memang nak hand down ke Adik. Tapi, cari tak jumpa. Mungkin dah terhantar ke recycle center di Putrajaya kot. Alhamdulillah baju PJ lama Kakak ada dalam almari, Adik pakai yang tu je. 

Untuk Angah cuma belikan songkok baru (RM11.90) dan tali pinggang (RM4.90). Yang lain semua guna yang lama dan masih elok. Mungkin pertengahan tahun nanti belikan seluar baru sebab yang sorang ni pun asyik meninggi :D 

Kakak paling cool, takde yang baru langsung untuk dia. Alhamdulillah masih boleh dipakai baju² dan tudung²-nya. Nanti lepas raya start Ko-ko baru beli seragam PBSM. Sama macam Angah, Ummi akan beli dan tukar bila ada keperluan. 

Yuran Sekolah anak³ di SRAI berjumlah RM666.00 (termasuk yuran bulanan PIBG Mac & April). Yuran makan hanya dibayar bermula Mei. Yuran Sekolah dan Yuran Asrama Abang belum dapat info lagi. 

Buku mahal sikit; 

RM224 untuk Abang dan RM277 untuk 3 beradik tu. 

Alhamdulillah selesai semuanya. Mudah-mudahan diluaskan rezeki selalu 🀲



14 comments:

  1. Besarnya perbelanjaan persekolahan anak2 sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Wak...serba serbi mahal sekarang ni :(

      Delete
  2. Insya Allah pelaburan untuk anak-anak dikira sebagai amal ibadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...setiap sen ada pahalanya Insha Allah ☺️

      Delete
  3. semua serba serbi mahal kan sekarang. anak saya pun sebab msk tingkatan 1, tu semua baru kecuali kasut. dia kata masih boleh guna, guna je lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, mana yg boleh guna kita guna pakai je...

      Delete
    2. Samalah, mana yg boleh guna kita guna pakai je...

      Delete
  4. Alhamdulillah. Banyak tu dapat bonus sampai 2K. Kiranya rezeki jugalah untuk persediaan anak-anak ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak, lepaslah utk perbelanjaan sekolah anak⁴

      Delete
  5. Memang besar belanja bila sekolah bukak ni. Kiteorang pun mintak bayar yuran ansur 2x utk anak kedua yg pergi sekolah swasta. Yakin dan tawakal ada rezeki untuk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah sis, setiap anak ada rezekinya 🀲

      Delete
  6. anak sorang pun agak terasa perbelanjaan awal sekolah..duk terbayang juga macam mana yg ada anak ramai dengan pendapatan rendah ibu ayah,tapi Allah dah janji setiap anak ada rezeki masing2 tak perlu risau...tambahan nak raya pula ni moga dipermudahkan semuanya utk ibuayah diluar sana

    ReplyDelete
  7. Nasib baik SA xde anak- anak yang bersekolah rendah dan menengah dah...alhamdulillah setakat sebelum ni tak banyak sangat perbelanjaan Dania..tapi SA amik jugak la advanced tu memandangkan Dania dah masuk kolej kan...perlukan banyak jugak perbelanjaan...

    ReplyDelete
  8. Aduhai...
    Bertabahlah ibu bapa semua demi seteguk ilmu kepada anak-anak
    Dulu kata yuran sekolah dimansuhkan...pendidkan percuma
    huhuhu..

    ReplyDelete