Thursday 9 March 2023

Tq for Coming, Carneyz 🤗

Besar hati Ummi bila Carneyz sudi datang ke  kenduri kami Sabtu lepas. 

Peluk erat-erat, sayang ketat-ketat ☺️

Macamana kami kenal?

Untuk makluman, Carneyz-lah rakan blogger yang telah menawarkan tempat tinggal kepada kami semasa diuji kehilangan tempat tinggal buat sementara waktu tahun lepas. Sejak tu terbit bibit ukhuwah antara kami. Walaupun jarang berhubungan (kecuali di blog) tapi budi baik beliau sekeluarga sentiasa kami ingat. Terharu sungguh bila ada orang yang hanya kenal Ummi di blog sudi tawarkan tempat tinggal. 


Cantik tau rumah Carneyz ni. Anak² siap baring dekat bilik tidur kids tu. Rindu dengan rumah sendiri agaknya 😅 Maklumlah masa tu dah hampir 2 bulan (hari ke-57) kami duduk menyewa. 

Alhamdulillah, rumah tu dah ada pembeli. Kata Carneyz tak lama lepas beliau offer kepada kami tu, ada orang beli dah. Alhamdulillah Ummi tumpang happy dan syukur. Rumah tu khabarnya dah setahun lebih berada di pasaran. Mungkin berkat keikhlasan hati beliau suami isteri nak mudahkan urusan kami waktu tu, Allah permudahkan pula urusan beliau sekeluarga. Syukur hanya pada-Nya. 

Semoga ukhuwah kita terus berkembang mekar ye sis. Begitu juga untuk semua rakan² blogger yang lain 🤗

10 comments:

  1. Ya saya ingat lagi PH cerita pasal rakan blogger offer rumah. Rupa-rupanya blogger Carneyz orangnya.

    Persahabatan yang ikhlas. Tak pernah bersua muka, tapi sudi menawarkan bantuan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Punya sahabat yg baik dan ikhlas jangan dilepas genggam erat. Semoga ukhwah kekal sampai ke Syurga. Aamiin! Sahabat hingga ke Syurag. In shaa Allah! ;)

    ReplyDelete
  3. Rupanya Carneyz yang tawar rumah.
    Hehe kenal muka dari situ.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...seronoknya bila dpt jumpa kawan2 di alam maya kan...tambah2 kawan yg baik mcm ni...subhanallah...
    Moga persahabatan yg terjalin berkekalan....aamiin.

    ReplyDelete
  5. Allahu... segan pulak saya sebab tak seberapa sangat pun pertolongan tu.

    Terima kasih sudi jemput kami sekeluarga ke kenduri PH. Rumah PH lepas renovate pun dah lawa ✨ Insha Allah, ukhwah di alam maya ni kita terus eratkan di alam nyata.

    ReplyDelete
  6. yg membaca ni pun sebak...alhamdulillah kita dikelilingan sahabat2 blogger yg baik...

    ReplyDelete
  7. rindu betul zaman - zaman kegemilangan blogger dulu. huhuhu. terima kasih jemput ye.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semuanya rezeki Allah. Mudah-mudahan kedua-duanya terus dilimpahi rahmat dan ukhuwah terus berkekalan.

    ReplyDelete
  9. Semoga ukhwah kekal hingga ke syurga🤲

    ReplyDelete
  10. Touching baca. Dari alam maya ke alam nyata eh!
    Semoga ukhwah kekal manis-manis selamanya.

    ReplyDelete