Tuesday 28 March 2023

Program² Mengaji

Ummi nak share program² mengaji Al Quran yang disiarkan di TV. Ada banyak program macam Qurantime, Jom Ngaji dsbnya.Tapi, program² ni lebih kepada untuk ditontoni. 

Ummi pulak sejenis multi-tasking, standard orang pompuan-lah kan ... Ke sana, ke sini, ke sana, ke sini .. Setel urusan anak³ ke sekolah, mulalah nak menyapu, sidai kain, siram pokok dsbnya... 

Bacalah @ Astro Oasis 
Okay, pukul 6.30-7.30 pagi buka Astro Oasis. Nama slot Bacalah, ada bacaan Al Quran dari ustaz² antaranya Ustaz Don dan Ustaz Khairul Anuar Basri. Sambil² kemas apa yang patut bolehlah dengar atau jika hafal, ikut sekali Ustaz baca. Tak salah Ummi, istimewanya ummat Nabi Muhammad SAW ni, walaupun sekadar dengar bacaan Al Quran pun besar dah pahalanya. Apatah lagi jika dibaca 🤗

Sebelum tahu akan slot ni, Ummi selalu buka TV3 @ TV9, slot Bacaan Yasin Tanyalah Ustaz. Tapi, pendek sangat, 6.30-6.45 pg je. Surah Yasin pendek je kan... Sekarang ni beralih ke saluran 106, puas dengar alunan ayat² Al Quran selama sejam. 

Tadarus Al Quran @ TV Alhijrah 
Yang ni Ummi baru tahu hari ni,  jam 12.30-1.30 t/hari. 

Kalau yang bekerja tu mungkin boleh buka YouTube la kan... 




12 comments:

  1. Tq info.. selalu tgk tanyalah ustaz tu je

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus ni..
    Tapi saya dah takda ASTRO🤭
    Yassin tu saya jadikan rutin semasa memandu ke tempat kerja.Saya terinspire beberapa tahun lepas tengok video penunggang motosikal mengahafal Al-Qur'an dengan melekatkan ayat qur'an pada side miror motornya dan menjadi rutinnya menghafal sepotong ayat..Masyaa Allah,
    Saya belum mampu contohinya..hanya membaca surah Yassin sahaja sepanjang perjalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya dia, boleh dijadikan ikutan kita² ni kan...

      Delete
  3. Selalu tengok #Qurantime tapi ada dengar mengaji pukul 7 malam sambil tunggu berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy time nak berbuka tak sempat dah nak on TV 🤭

      Delete
  4. Banyak pilihan kan zaman sekarang ni.
    Mendengar je pun ada pahala.
    Perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, program keagamaan pun banyak selain medium yg pelbagai kan...

      Delete
  5. Pukul 4.00am selalu pasak Awesome TV, memang ada program bacaan banyak2 surah..sambil sediakan persiapan sahur..sambil kemas2, sambil dengar...

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. Banyak pilihan.. Mendengar pun dapat pahala..

    ReplyDelete