Wednesday 15 March 2023

Hari Orientasi Darjah 1

Allah, sibuk betul hujung² cuti sekolah ni... 

Semalam (15/3) Adik ada Orientasi Darjah 1. Syukur Walid perasan, tarikhnya bertukar. Info awal kami dapat katanya 18/3, hari Sabtu. 

Alhamdulillah, ceria je dia... Yang lain² pun takde yang meragam. 

Sementara anak² ada aktiviti dalam kelas, ibu ayah diberi taklimat dalam dewan. 

Yuran bulanan makan tengahari dinaikkan dari RM50 ke RM60/seorang. Tambah duit PIBG RM25, jadinya RM85/seorang. Mudah-mudahan Allah Al Razzaq sentiasa meluaskan rezeki 🤲

Selesai taklimat, ambil buku teks untuk Adik. 

Buku² akademik dia dapat banyak yang dah lunyai :( 

Dia peminjam ke 8 kalau ikut rekod pada buku teks ni...

Takpelah dik, ada rezeki tahun depan² dapat buku baru. 

Untuk buku tulis dah beli masa ambil result UPKK Angah minggu lepas. Minggu ni baru start balut buku²-nya sementelah Tok Umi & Tok Ayah pun dah balik Kedah. Baru lapang sikit nak uruskan hal sekolah anak⁴ ni...

Balik dari orientasi Adik semalam, ke sekolah Abang pula. Beli buku tulis dsbnya. 

Memang sibuklah mengadap buku² dan persiapan sekolah depa ni. Nanti free² Ummi bw ye 🤗

11 comments:

  1. Minggu ni ramai parents busy dengan persiapan sekolah anak2..
    Semoga dipermudahkan segala urusan PH

    ReplyDelete
  2. Wah, adik dah Tahun 1 ya. Selamat menempuh alam persekolahan adik. Semoga dipermudahkan segala urusannya nanti.

    ReplyDelete
  3. betul tu...seronoknya darjah 1..mesti excited tu nak sekolah & sure mcm2 cerita nanti bila dah sekolah. belajar pandai2 yer

    ReplyDelete
  4. budak2 sekarang masuk djh 1 dah tak byk ragam sbb majoriti dah terdedah dgn kindy

    ReplyDelete
  5. Nampak teruk jugak kondisi buku teks tu. Harap Adik tetap bersemangat walau tak dapat buku baru.

    ReplyDelete
  6. Selamat menempuh alam persekolahan Adik...Semoga dimudahkan urusan...

    ReplyDelete
  7. sonoknyer naik sekolah kannn., hehe

    ReplyDelete
  8. Tidak menang tangan ya. Satu-satu kena urus.

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan PH mengurus anak-anak sekolah..

    ReplyDelete
  10. kejap je rasa adik dah masuk darjah 1

    ReplyDelete
  11. Sy pn selesai dah balut buku² teks dan aktiviti minggu ni... dh lama dpt tp nk jugak keja last minit... hehehe

    ReplyDelete