Thursday 2 February 2023

Cuti Hari Wilayah

Walid cuti sempena Hari Wilayah semalam manakala anak3 pula sekolah. Hip hip hooray la Ummi & Walid keluar dating 😁 Ramai je parents dating semalam kan :p 

Mula-mula ke Melawati, ada urusan dengan TNB. Kemudian kami breakfast di Mail Mee Rebus.

The most delicious Mee Rebus in town πŸ˜‹

Then off to Aeon Wangsa Maju... Shopping la apa lagi :p

Mana satu pilihan hati? 

Sekarang Aeon dah tak sediakan langsung plastic bag (sebelum ni ada biodegradable plastic bag), jadi pelanggan memang diingatkan agar bawa beg sendiri. 

Ummi lupa bawa beg sendiri jadi request paper bag. Depa charge 7 kupang (70 sen). Better bawa beg sendirilah, save cost and save the planet. 

Balik ke SG, singgah sat di Al Haraman, survey kurta untuk Abang. Tengah sale, harga sehelai kurta serendah RM12 je... Bolehlah nanti belikan untuk Abang, Haziq dll... 

Rancangan awal nak lunch di Richiamo Coffee UIA tapi sebab kenyang makan mee rebus tadi, beli Nasi Kukus Alif dekat tapak uptown SG tu je.

Petang lepas ambil Kakak dan Angah terus early dinner di Alif Seafood, Kg Sungai Kertas. 

Alhamdulillah a day we'll spent. Kalau setiap bulan ada Hari Wilayah best jugak kan :p 

5 comments:

  1. Boleh sahaja cari waktu untuk keluar berdua.
    Seronoknya membeli-belah.

    ReplyDelete
  2. wahhh. seronok ye dating. Richiamo ni dah banyak cawangan kan.

    ReplyDelete
  3. Cuti hari wilayah mmg kita cuti terus haha membuta je qada' tido punya pasal haha

    ReplyDelete
  4. tu la aeon guna paperbag tu...mudah koyak jenis kertas kalo brg diisi berat...aritu mcm dgr cajnya 50 sen...xpasti slh dgr ke

    ReplyDelete
  5. Cuti Hari Wilayah SA uruskan Mak Pah Check Up lepas tu balik kampung jap

    ReplyDelete