Friday 10 February 2023

Al Fatihah ~ Bang Cha


Sejak Khamis, Ummi dimaklumkan keadaan Bang Cha, abang ipar Ummi (Pakngah for the kids) tenat. Makngah yang sedang berada di Kajang terus bergegas ke Hospital Taiping bersama Kak Yantie (sedang menunggu hari untuk bersalin). Ummi dan Walid pula terus on standby mode. Anything happens kami akan terus ke sana juga. 

Mulanya Pakngah dikhabarkan akan ditidurkan (intubated) tapi memandangkan keadaannya agak kritikal arwah diberi suntikan morphine untuk menenangkan dan meredakan keadaan. 

Akhirnya sekitar jam 2.40 pagi Jumaat 10 Feb bersamaan 19 Rejab 1444H Pakngah kembali ke negeri abadi akibat kanser hati. 

Persinggahan akhir arwah. Usai solat Jumaat, disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.  

Berlinang airmata saat talkin dibaca. Disamping terkenang kebaikan arwah, tersentuh hati ini bila suatu hari nanti masa kita pula akan tiba. 

Melihat seorang demi seorang ahli keluarga terdekat meninggal sangat memberi kesan dalam diri. Adakalanya rasa sangat 'down' :( Tapi itulah sunnatullah, dunia ini hanya tumpangan. Tempat abadi kita di sana, bukan alam yang fana ini. Moga kami sekeluarga (dan kita semua) akan kembali berkumpul di syurga kelak. 

Al Fatihah buat Bang Cha. 

5 comments:

  1. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
    Teringat Kakak ipar Aini yang kini menghidap kancer rahim dan otak. Kini dia dah stage 4.. risau dengan keadaan dia sekarang.. Umur dia skrg 39 tahun..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah.
    Moha rohnya tenang di sana, dikumpulkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
    Saya pun, sejak arwah Kak Ros pergi, saya banyak termenung, muhasabah diri dan sering terkenang segala memori sewaktu hayatnya masa ada.

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn... Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa arwah.

    Betul, PH. Masa muda dulu, tak rasa terkesan setiap kali mendengar berita kematian, sekarang, selalu rasa betapa kematian semakin dekat.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah. Semua akan ke sana juga nanti.

    ReplyDelete
  5. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    ReplyDelete