Friday 2 December 2022

Isi Ayam Goreng Berlada

Lauk ayam memang kegemaran anak4. Cuma, masing-masing lebih memilih bahagian yang ada tulang berbanding bahagian isi macam dada ayam kecuali dihiris kecil-kecil dan dibuat goreng kunyit. Kalau seketul besar tu memang takde yang berkenan :( 

Kali ni Ummi tak goreng kunyit macam biasa tapi Ummi buat goreng berlada. Ayam Goreng Berlada memang tak favorite anak4 khususnya Angah. Raikan dia yang tengah berhempas-pulas exam UPKK. 

Caranya:-
- hiris isi ayam kecil-kecil, gaul bersama garam dan kunyit
- kisar kasar/ tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih
- panaskan minyak dan goreng isi ayam tadi hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 
- dengan minyak yang sama (jika banyak, keluarkan lebihan minyak), tumis bahan kisar kasar/tumbuk hingga keperangan
- masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi
- masukkan hirisan bawang besar dan tomato jika suka
- sesuaikan rasa dan tutup api. 
- sedia untuk dihidang 

Makan dengan nasi panas-panas sedap ni :D 


9 comments:

  1. Betul tu. Anak-anak Fiza pun suka makan ayam. Nanti nak try resepi ni pulak. Simple sangat. Thanks kerana sudi berkongsi resepi. ✌️

    ReplyDelete
  2. samalah di rumah ni pun. Kalau bahagian isi semua pakat tolak tepi. Sy yg memang penggemar peha sejak kecil, akhirnya terpaksa mengalah dgn anak6 πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  3. sedap ni PH makan dengan nasi buat lauk dah cukup kan :)

    ReplyDelete
  4. Lauk berlada memang sedap.

    ReplyDelete
  5. wahh ayam masak berlado nih pedas2 panas2 sedapp., bila nk jemput wak dtg umah., nyum2

    ReplyDelete
  6. sama macam kami juga kalau tak isi ayam berlado jadi chicken popcorn baru laku

    ReplyDelete
  7. Boleh try ni. Selalu masakan berlada ni pilih ikan keli berlada, nak jugak ubah selera buat ayam berlada pulak.

    ReplyDelete
  8. Wak sekeluarga kalau makan ayam pun tak suka isi2.
    mesti nak cari yang banyak tulang

    ReplyDelete
  9. Sedap sedap sedap..
    Lauk macam ni kena makan dia saja ngan nasi putih baru feel..jangan ada lauk lain🀭

    ReplyDelete