Sunday 18 September 2022

Urut Kaki di Uptown Sri Gombak

Lama dah sakit kaki ni terutama kaki kiri. Bila duduk di lantai, nak bangun tu rasa bergegar lutut 😅 Tapi asyik bertangguh nak pergi urut. Biasalah, selagi boleh bertahan, bertahan je...

Hinggalah malam bila entah lalu di Uptown Sri Gombak tu, nampak ramai pula yang buat service urut-mengurut ni. Since Walid pun sakit kaki (because he travels a lot recently) jadi moh le kita...

Ummi urut dekat tukang yang depan Texas Chicken. Walid pula masuk ke dalam Uptown cari tukang urut lelaki. Dalam ni lagi banyak...

Kak Ina nama dia, orang Minang. Best sangat dia urut. Terasa ringan kaki lepas kena urut ni. Alhamdulillah tidur pun lebih selesa. Kalau tidak, terjaga tengah malam, adoi lenguhnya kaki! 

Kalau nak berurut di tempat separa open macam ni, bawalah kain batik untuk cover kaki kita. Macam pakej urut kaki ni, dia urut hingga lutut. Kena sinsing kaki seluar jadi seeloknya bawa kain. Dia urut bawah kain tu, alhamdulillah tak terdedah aurat kita. 

Selesai urut, Ummi dan Adik masuk ke Uptown. Dah berzaman tak ke Uptown pun Ummi ni...

Walid kata Uptown ni port orang cari barang bundle... Agaknyalah...sebab banyak orang jual barang bundle. 

Lawa-lawa juga cadar/selimutnya...

Walid urut dekat sini. Macam Kak Ina 👆 dia boleh datang rumah kalau kita nak minta urut badan. Kat sini, urut dalam khemahlah (bertutup) kalau nak body massage. Tapi lagi selesa dan selamat di rumahlah kan ...


10 comments:

  1. Alhamdulillah ada hasil baik selepas berurut. Nasib baik PH bersedia dari awal bawa kain.
    Elok juga ada servis datang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab masa lalu situ nmpk macamana situasinya, jadi based on that kita fikir ada baiknya bawa kain :)

      Delete
  2. Kita pula yang sendawa....hihihi

    ReplyDelete
  3. salam singgah. kami jarang kuar malam. haha. nak2 dh jadi b40 ni. byk masak rumah jelah. kaki tu sakit maybe sbb angkat brg berat tu. orang kata macam rahim jatuh. ps: kasut sukan tu mahal x? ingat ade lebih, nak beli tuk abg long

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun makan angin ja :p
      Tengok kasut bundle tu mostly <RM50 . Bolehlah utk kaki anak2 kita tu. Fawwaz dah pakai saiz 11, adoi kaki pun membesar 😂

      Delete
  4. open jugak tempat berurut tu kan. setuju, urut di rumah lebih selesa, aurat pun terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul، di rumah lebih selesa dan terjaga auratnya.

      Delete
  5. Tak pernah ke sini. Meriah nampaknya. Siap ada servis urut di ruang terbuka.
    Moga Allah beri kesembuhan untuk kaki PH.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rasa makin ok kaki ni.

    ReplyDelete