Monday 5 September 2022

Api ~ Coretan Minggu 3

Genap 3 minggu dah kejadian kebakaran hari tu.

Masuk minggu ke-3, proses baikpulih rumah masih belum dilakukan. Walaupun begitu, hidup perlu diteruskan ✌️

Day 15
Pencarian hampir 2 minggu berakhir bila dapat rumah sewa, alhamdulillah. Susah nak cari rumah sewa atau homestay untuk short term rental ni. Kalau dengan ejen, minimum pun setahun rental agreement-nya. 

"It's not how big the house is, it's about how happy the home is" ❤️

Paling best, Ummi boleh memasak di sini... 

Tribute post untuk semua yang membantu kami 🌹 Yang kelakarnya, ramai yang baru tahu berita ni terutama di kalangan sanak saudara di kampung. Malas nak heboh-heboh, nanti ramai yang tersalah sangka dan menambah risau keluarga di kampung pula. Gambar-gambar kejadian pun Ummi tak share di WA. 

Day 19

Tong roro ni dah diangkat. Tq AJ Warisan for lending this tong to us. Moga bertambah rezeki buat keluarga AJ Warisan 🤲 

Day 20
Report Operasi Bomba dan Report Forensic dah siap katanya. Tp IO H cuti, Isnin baru boleh ambil report tu di Bukit Jelutong. 

Hopefully, kerja baikpulih dapat disegerakan oleh pihak insurans once these reports are ready. 

 الله المستعان

5 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga Allah gantikan dengan rezeki yg lebih baik utk PH sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga semua kembali pulih seperti biasa...

    ReplyDelete
  3. Semoga dimudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki dan rahmah disebalik ujian

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tentunya asbab umi dan walid juga yg selalu membantu dan memudahkan urusan orang lain. Syukur3

    ReplyDelete
  5. Moga segala kesusahan yang dihadapi diganti dengan yang lebih baik.

    ReplyDelete