Thursday 15 September 2022

Dinner Bday Walid

Selamat Hari Malaysia 🇱🇷

Terima kasih atas doa & ucapan rakan-rakan maya sempena birthday Walid tempohari. Mudah-mudahan diperkenankan-Nya 🤲

Suprised bday cake ditaja oleh Tok Umi untuk gembirakan hati anak4. Luckily our new neighbor is a home baker, senanglah kerja Ummi :) .

Ikutkan takdelah nak celebrate, takde mood pun. Tapi dinner birthday dah macam wajib pulak dalam family kecil kami jadi onz sajalah 

Tapi, sebab unplanned, merata jugalah kami keluar masuk kedai di Prima Sri Gombak tu cari tempat yang sesuai utk dinner malam tu. Cari kedai berhampiran Soho Hotel je sebab malas nak alih kereta hehe ... Hot Pot King ada meja kosong tapi tak rasa nak makan steamboat. 

Akhirnya start kereta pergi belah pekan lama, belah KFC sana. Ada satu restoran ikan bakar tapi tutup. Sebelahnya ada Chinese Muslim Restaurant. Nak makan di situ tapi nampak macam kurang meyakinkan :( Akhirnya singgah je di medan selera sebab semua nak makan goreng-goreng. 

Pernah makan dan buat post pasal kedai ni dulu... Kedai ni ada 2 kitchens; Western dan Melayu. 


Western food biasa-biasa je pada tekak Ummi. 

Ramen ni pun biasa-biasa je. Pilihan Abang ni.

Tapi, nasi goreng dia sedap ..  

Nasi Goreng Kampung.

Nasi Goreng Sotong. 

Sizzling Yee Mee ni recommended...

Angah nak cuba ABC Durian...

D24 je ada stok katanya. Semangkuk RM20. Sikit je dia makan. Ummi pun tak berapa suka w/pun ada durian. Kenyang sama kot. Mujurlah ada Abang. Tapau ABC ni dengan spaghetti & fries, semua licin dia habiskan :)

Jumlah keseluruhan RM108. Dari segi harga, portion, rasa dan service memuaskan. Cuma ada perkara yang kami tak senang. Memandangkan kedai ni diuruskan oleh anak beranak, suasana agak bising dengan gelagat mereka bersembang dan bergurau sesama sendiri, as if we were not there. Nak makan pun tak berapa selesa apatah lagi nak berlama-lama di sini. Next time kalau ke sini lagi kami tapau saja ✌️





7 comments:

  1. Saya naklah ABC durian tu hihihiii.
    Memang boleh potong mood kalau makan di tempat bising (owner kedai anak-beranak), tak best langsung!

    ReplyDelete
  2. nasi goreng kampung yummyy...Eh kategori berpadanan dengan harga nampaknya. tu la...kalau hingar bingar memang tak selesa berlama lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, patut kena hormat pelanggan. Tunggulah time pelanggan takde...

      Delete
  3. Saya pun nak ABC durian...hihihi
    Pandangan saya, peniaga makanan ni,ilmu memasak dah ada..tapi kena tambah ilmu berniaga kan...

    ReplyDelete
  4. Ok, sy order 2 hehe ..
    Betul sangat MC. Kdg tu masakan biasa tapi org repeat sbb pandai ambil hati pelanggan.

    ReplyDelete