Sunday 11 September 2022

Selamat Pengantin Baru ~ Anak2 Cg Suzana

Alhamdulillah ada rezeki turut sama meraikan jemputan Cg Suzana ke majlis kenduri kahwin anak2 lelaki beliau. Dua pasang pengantin 👍

Majlis diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Perseketuan. Pertama kali kami makan kenduri di masjid ni. Teruja! 

Ada 2 kenduri sebelah menyebelah... Mujurlah terserempak dengan Cg Anita, dimaklumkan kepada kami majlis di dewan yang hujung... 

Kali ni Ummi pilih nasi minyak, sesuai dengan set lauknya. Kalau lauk kampung tu, Ummi pilih nasi putih. 

Seri muka durian, ambil seketul nak rasa. Tak boleh makan banyak, rasa pening. Sama juga kalau makan durian crepe. Tapi kalau durian buah tu, berulas-ulas Ummi boleh makan, tanpa rasa pening dan rasa bersalah :D 

Cenderahati berupa cookies, brownies & air mineral. 

Since nak sampai ke sini pun jarang-jarang sekali, sakan jugalah Ummi ambil gambar :)

Excited tengok pokok ni... Ingatkan pokok kurma. Sebab dekat kawasan masjid kan, auto teringat pokok kurma 😂 

Semoga berbahagia hingga ke syurga buat pengantin-pengantin baru. Terima kasih daun keladi ye Cikgu :D 

Otw balik singgah sekejap di Sentul, jumpa Aunty Siti A ambil 'baju Singapore'. 

'Hantu baju' betullah Walid ni 😬 






4 comments:

  1. Seronok makan kenduri, tempat baru. Teruja lain macam.

    ReplyDelete
  2. Wah..makan kenduri lagi nampaknya PH...
    PH..saya cuba mencari nama pokok yang PH snap tu..
    Saya nampak pokok tu macam pokok Thai tapi buahnya berbeza walaupun rupa hampir sangat.Bila explore lagi saya
    cuma jumpa nama english sahaja..
    Biskmark palm tree..Tak tau dalam BM sebut apa.

    ReplyDelete
  3. Wah, jimat tenaga raikan 2 pengantin serentak.

    ReplyDelete
  4. Sekali naika 2 pengantin..bagus ni...jimat belanja

    ReplyDelete