Wednesday, 21 September 2022

Masak Apa? (1)

Bunga betik semalam tu Ummi dah masak dah ☺️ Kawan Ummi cadangkan buat kerabu tapi sikit sangat bunganya pun, jadi Ummi campur je dalam Masak Lemak  Pucuk Ubi.

Jangan main-main, takleh bincang dia punya penangan :D Bunga betik tu Ummi tak celur pun, terasa jugalah pahitnya tapi pahit-pahit manja je sebab kuantitinya sikit. Rasa lemak santan lebih dominan. 

Ummi cuba juga resepi Ikan Cencaru Bawang Putih  SA (Suria Amanda), memang sedap!

Cuma Ummi takde lesung batu (ada di rumah sendiri) jadi Ummi guna chopper. Tak hancur sangat kunyit tu. Pastu takde sudip yang lubang-lubang tu kat rumah sewa ni, kaut dengan sudip biasa je bumbunya...masuk sekalilah dengan minyaknya...SA punya version nampak kering bumbunya. Apapun, sedap ikan cencaru digoreng begini 👍 Tq SA share resepi ni..

Regu dengan sayur kangkung goreng belacan.

Sambal belacannya Ummi tuang je sambal belacan nasi kukus. Senang kerja Ummi :p

Semalam kot ternampak Aprena Manrose dan suaminya kena masak pengat pisang dalam rancangan Masak Apa Tu? Jadi, teringin punya pasal, hari ni terus beli pisang dan buat pengat. Air mineral tu sebab pengat dah manis, minum air kosong je la :) 

Nasi Goreng Cabai Besaq & Ikan Goreng, guna leftover ikan goreng dan nasi sejuk. Cabai besaq tu cili merah naa.... 

~ blend bawang merah, bawang putih, cili merah & isi ikan goreng (leftover)
~ panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing
~ masukkan telur/isi ayam, masak hingga telur sedikit keras @ isi ayam bertukar warna
~ masukkan kobis, gaul sebati
~ masukkan garam secukupnya
~ masukkan nasi. Gaul sebati
~ sesuaikan rasa, tutup api. Siap!

#Nasi warna kuning sebab guna minyak goreng ikan. Arwah Tok suka guna minyak goreng ikan buat nasi goreng :) 

Oh ya, terima kasih Kak Amie sudi hantarkan Sup.Ayam Bersama Kurma Merah yang jadi dambaan adinda ☺️ Ayam dah ada, nanti nak cari kurma merah dan kundur/labu air. 

12 comments:

  1. Macam-macam resipi dicuba.
    Selamat membuat sup ayam dengan kurma merah.

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaa...
    semua lauk mengundang periuk bocor tu PH...

    Saya pun sangat suka bunga dan pucuk betik..
    Ikan goreng kunyit bawang putih tu memang sedap kan...
    Sup ayam kurma merah tu pun saya dah masuk list jugak dah PH...
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedia-sedia periuk bocor MC ooi 😂 lauk simple tapi itu yg berselera makan hihi

      Delete
  3. Wah..PH pun dha buat resepi SA...sedap kan..nanti tukar ikan plak...baru ni buat ikan siakap mcm ni pun sodap.....seronok sharing resepi dan orang cuba...hehehhee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nx time ingat nak try ikan tilapia pulak... Tq resepinya, moga berpanjangan pahalanya aamin 🤲

      Delete
  4. Dulu2 sy pnh baca petua mengurangkan berat badan, minum air pucuk betik, pahit nau nau la katanya. Bunga pun pahit jugak ya?

    Aduh, bilalah resepi ikan SA tu nak berjangkit kat dapo kita, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pucuk betik lagi pahit dari bunganya SK...bagi PH la...

      Delete
  5. bila kwn2 share resepi dpt mencuba best kn..lpr la plak

    ReplyDelete
  6. Semua nampak sedap ke Mrs. A tengah lapar nih!

    ReplyDelete